Setpol PM berdepan saingan 3 penjuru di Paya Rumput

Azman Abidin daripada PKR, yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berdepan saingan tiga penjuru di Paya Rumput pada PRN Melaka 14 Nov ini.
Azman, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya, berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Rafie Ahmad dan calon Bersama Abdul Rashid Abu Bakar.
Azman juga merupakan ketua PKR Wilayah Persekutuan.
Paya Rumput secara tradisinya merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), meskipun kerusi itu pernah bertukar tangan apabila PH memenanginya menerusi Bersatu pada 2018.
Kerusi campuran itu mempunyai 61% pengundi Melayu, manakala pengundi Cina membentuk 30%, diikuti India (6%).
Pada PRN 2021, calon Umno, Rais Yasin memenangi kerusi itu dengan majoriti 629 undi dalam saingan lima penjuru. Rais, yang merupakan anggota kanan exco negeri, kali ini bertanding di Sungai Udang.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.