PunchMorning recap: FG announces 19 international job vacancies, Jimmy Odukoya sues sister, seven others, other top storiesThe Jerusalem PostOver two-thirds of wounded soldiers returned to combat since start of war, IDF says한겨레주택정책 성적표, ‘세입자 주거비’로 매겨야 [아침햇발]InquirerOmbudsman affirms preventive suspension order vs Dalaguete mayorZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSRF NewsKrieg in der Ukraine – Russischer Frachter nahe Finnland von Drohnen getroffenSözcüFırtınada ağaçlar ve direkler devrildi매일경제싱가포르 접수한 제주흑돼지…엄격관리·품종 고급화 통했다Wirtualna PolskaOszust podszywał się pod księdza. Proboszcz ujawnił, co go zdradziło경향신문조국, 혁신당 ‘당명 개정’ 제안 “당명 속 ‘조국’ 제 이름 아니지만…범민주 좋아할 이름 찾자 ”Daily MailHonorary Cyrus! Elizabeth Hurley joins family photos at Miley's wedding as boyfriend Billy Ray's date along with son Damian… amid engagement rumorsVanguard2027: Who speaks for the North as ACF crisis deepens?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

25,000 banduan dibebaskan melalui program pelepasan secara lesen

Translate

Sebanyak 24,936 banduan dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif itu antara pendekatan dilaksanakan Jabatan Penjara susulan kapasiti penjara yang tidak mampu menampung jumlah penghuni ketika ini.

“Jabatan Penjara menguruskan 41 institusi penjara dengan jumlah penghuni mencecah kira-kira 93,000 orang, berbanding kapasiti keseluruhan sekitar 75,000 orang.

“Sehingga Oktober tahun ini, seramai 24,936 banduan terbabit dalam pelaksanaan PBSL,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena sambutan Deepavali di Kampung Paya Besar, Lunas, malam tadi.

Beliau berkata selain PBSL, Jabatan Penjara turut menjalankan program parol dan Orang Diselia Industri (ODI) bagi membantu proses pemulihan banduan serta mengurangkan tekanan terhadap kapasiti penjara.

“Sehingga Oktober tahun ini, jumlah orang diparol adalah seramai 3,899 orang. Dari perspektif mengurangkan kesesakan penjara, angka-angka ini tentunya signifikan,” katanya.

Saifuddin berkata menerusi program ODI, banduan yang layak ditempatkan bekerja dengan majikan dalam pelbagai sektor termasuk pusat mencuci kenderaan, kilang pemasangan motosikal dan sektor perladangan.

“Majikan akan bayar melebihi gaji minimum, prospek (banduan) akan ada pendapatan selain berpeluang menyesuaikan diri dengan masyarakat sebelum dibebaskan sepenuhnya. Majikan pula tidak perlu terlalu bergantung pada pekerja asing daripada negara sumber,” katanya.

Katanya program berkenaan juga bertujuan mengurangkan risiko bekas banduan mengulangi kesalahan selepas tamat menjalani hukuman.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.