CNN TürkBenzine kademeli ÖTV artışıPunch10 major highlights of Tinubu’s 66th Independence Day addressThe Jerusalem PostShin Bet heads to Dubai to coordinate return flights after flydubai hijacking causes suspensionRTP DesportoTiago Luís Pereira, bronze no triplo nos Mundiais `indoor`, é a mais recente saída do SportingESPNJJ Gabriel and the 'nightmare' battle for Premier League academy talentInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 1, 2026Bollywood HungamaBigg Boss 20: Rhiti Tiwari evicted in surprise mid-week exit after captaincy task? Here’s what we know!Egypt IndependentUS troops complete Iraq exit, as Iran and its allies celebrateNHK 社会高齢者の医療費窓口負担 見直しに向けて議論開始 厚労省20 MinutenGeldsorgen nach Long Covid: Cora Schumacher will auswandernWirtualna PolskaCiepły początek października. Nawet 25 stopniRTL BoulevardNederland haalt 'alles uit de kast' om Bolle Jos uit Sierra Leone te krijgen
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Pegawai perubatan UD10 digesa lapor diri segera sebelum 7 Okt

Translate

Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa Pegawai Perubatan Gred UD10 yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengan segera sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 7 Okt ini.

Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan pegawai yang terlibat perlu melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing.

“Proses lapor diri Pegawai Perubatan Gred UD10 (Fasa 2) yang dilantik secara tetap dan berkuat kuasa mulai 28 Sept 2026 masih sedang berjalan dan belum selesai.

“Urusan lantikan fasa berkenaan melibatkan sebanyak 4,255 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, KKM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberikan ruang kepada kelancaran proses penempatan berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.