ESPN DeportesCeltics dejan a Knicks con su segunda derrota en filaThe Jerusalem PostPrehistoric hunter-gatherers stayed connected across 200 kilometers, Israeli study findsESPNWhat's next for the Indiana Fever after front office departures?ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF한겨레나사, 2027년 달 착륙 예행연습…사상 첫 3대 우주선 발사ColliderOne of Disney’s Best Movies in Recent Years Isn’t Getting a SequelUOLLula diz que Flávio não gosta do Nordeste; senador diz que será 'carioca mais nordestino'SDP EspectáculosEse Pérez responde a las críticas por el millón de pesos que le regaló Eduin CazRai NewsThe Voice Senior, Arisa-Concato da brividi, coach a caccia dei talenti migliori매일경제“일본여행 환전 더 기다려, 말아?”…日 금리 인상만 봐선 안 되는 이유CBS NewsThune campaigns with Ashley Hinson as Senate GOP zeroes in on IowaLenta.ruМинобрнауки определило минимальные баллы ЕГЭ для поступления в вузы в 2027/2028 учебном году. Какие изменения ждут абитуриентов?
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

1.16 tan ketamin dirampas daripada kapal tangki di Selat Melaka

Translate

Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara dan menahan lapan anak kapal menerusi satu operasi bersepadu, kata pegawai kanan polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional, Suyudi Ario Seto, berkata pihak berkuasa memintas kapal tangki MT Global 168 di luar perairan Tanjung Balai Asahan, selepas hampir seminggu menjalankan pemantauan membabitkan polis, Badan Narkotik Kebangsaan, kastam dan polis marin.

Ketika berucap di Pelabuhan Bandar Deli di Medan, Suyudi berkata, pihak berkuasa mula menjejaki kapal itu pada 14 Okt lalu, ketika ia belayar melalui perairan berhampiran Malaysia sebelum menuju ke utara Aceh dan Thailand.

Pihak penyiasat mengesan kejanggalan dalam sistem pengenalan automatik kapal itu yang memaparkan dua nama berbeza, iaitu MT Global dan Gross Dolphin, katanya.

Pegawai penguat kuasa menahan tujuh anak kapal warga Indonesia dan seorang warga asing, selain merampas 58 guni yang mengandungi keseluruhan 1.16 tan ketamin bersama peralatan komunikasi dan kapal tangki itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.