InquirerITCZ, northeasterly winds to bring rain to most parts of PH ThursdayESPN DeportesJosé Ramírez, sobreviviente de la Serie Mundial de 2016 que lidera a GuardiansPunchFamily confirms death of gospel singer Toluwanisings한겨레‘장모 살해 캐리어 유기’ 조재복, 1심 징역 45년 선고ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioComplete SportsUCL: We Were Lucky To Beat Man City — PSG Coach Enrique AdmitsVanguard2027: We know how to stop Tinubu from getting second term - MomoduSBS 뉴스이 대통령 "부마항쟁과 5·18, 내란 극복 큰 의미…헌법에 새겨야"Inquirer EntertainmentJosiela Mae Lagrimas from N. Samar is PH bet to Miss IntercontinentalNHK 社会凍ったゼリーで男児死亡の民間こども園に監査 奈良 香芝CNN بالعربيةفعلا الفاحشة داخل مسجد في مكة.. السعودية تعلن إعدام رجل وامرأةCumhuriyetİstanbul'da sağanak nedeniyle aksayan metro ve tramvay seferleri yeniden başladı
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Kerajaan kaji struktur tarif elektrik baharu lebih adil

Translate

Kerajaan sedang memperincikan struktur tarif elektrik baharu berasaskan kadar penggunaan menjelang tahun depan bagi memastikan pelarasan caj lebih adil kepada pengguna domestik berbanding sektor industri berimpak tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata pendekatan itu bertujuan memisahkan kadar tarif domestik dan industri, terutama bagi premis yang menggunakan tenaga elektrik dalam kuantiti besar seperti pusat data.

“Ini bagi memastikan ia lebih adil dan saksama kepada pengguna, terutamanya untuk melindungi golongan pengguna domestik,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Azri Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah kawalan bersasar bagi mengimbangi kemampanan sektor tenaga dan beban kos sara hidup rakyat.

Fadillah yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menentukan kaedah pelaksanaan struktur baharu itu untuk tahun depan.

Mengulas lanjut, Fadillah mendedahkan lonjakan harga bahan api global akibat krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan di Selat Hormuz, menjejaskan kos penjanaan bekalan elektrik di Semenanjung.

Katanya, Selat Hormuz menampung kira-kira 20% perdagangan minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) dunia serta merupakan laluan utama bagi 40% bahan api untuk kegunaan Malaysia.

“Keadaan ini mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu melonjak jauh melampaui harga asas yang ditetapkan di bawah kerangka Regulatory Period Ke-4 (RP4) 2025–2027.

“Selain faktor persekitaran luaran, keadaan cuaca panas berpanjangan yang meningkatkan penggunaan penyaman udara serta pengurangan kapasiti penjanaan loji turut menyumbang kepada peningkatan kos berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan meluaskan perlindungan bil elektrik berkuat kuasa 1 Sept hingga 31 Dis ini bagi meminimumkan impak krisis tersebut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.