ESPNYankees hammer Red Sox again to cruise into ALDSThe Jerusalem PostAt least 24 injured in Bnei Brak nursing home fire, two in serious, unstable conditionESPN DeportesEN VIVO: Cubs y Padres bajan el telón del segundo día de Series de ComodínPunchFG builds new control centre to strengthen power gridInquirerLuistro: Trillanes will no longer be presented as witnessSözcüSlovenya Başbakanı İsrail'i aklamaya çalıştı! Dünyaya rezil olduColliderBlade Officially Returns Following Marvel’s Failed Rebootالنهاركيف ردّت بعثة إيران لدى الأمم المتّحدة على معلومات عن "طردها" من واشنطن؟سكاي نيوز عربية"النهاية تقترب".. تفاصيل انسحاب رونالدو من معسكر البرتغالCapital FMRuto mourns ‘dear friend’ Chivayo after Zimbabwe helicopter crashSBS 뉴스이 대통령 "북한, 신뢰 회복·단절된 대화 복원에 함께하길"The Indian ExpressIndia vs Sri Lanka Live Cricket Score, Asian Games 2026: IND eye final berth against Pakistan
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Kuatkuasakan syarat sama ke atas barang import, lindungi PKS tempatan

Translate

Barangan import perlu tertakluk kepada keperluan pensijilan, keselamatan dan cukai yang sama seperti produk keluaran Malaysia bagi mengelakkan PKS tempatan ditekan harga di pasaran sendiri, kata Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).

Presiden Samenta, William Ng, berkata PKS tempatan kini bersaing dalam keadaan tidak seimbang, khususnya dalam sektor fesyen pantas, pakaian, kasut, plastik, barangan keperluan rumah dan elektronik pengguna.

“Banyak barangan import memasuki pasaran pada harga yang lebih rendah daripada kos bahan mentah tempatan dan sering kali mengelak kos pematuhan tempatan, pensijilan kawal selia serta kewajipan cukai yang wajib dipatuhi PKS dalam negara,” katanya kepada FMT.

Ng berkata peruncit dan pemilik jenama tempatan tidak mampu bersaing dengan harga terus dari kilang apabila barangan import dijual pada atau di bawah kos.

Katanya, perniagaan makanan dan minuman turut berdepan tekanan sama, manakala pengeluar bahan binaan, perkakasan, produk logam dan plastik, pembungkusan serta perabot turut terhimpit akibat kos pematuhan, tenaga kerja dan utiliti yang lebih tinggi.

Ng berkata demikian sebagai mengulas laporan FMT baru-baru ini yang memetik amaran badan pemikir Global Institute for Tomorrow (GIFT) bahawa kemasukan barangan asing, termasuk dari China, menjejaskan perniagaan tempatan.

Pengasas GIFT, Chandran Nair, berkata keadaan itu boleh menyebabkan perniagaan tempatan ditutup, sekali gus mengakibatkan kehilangan pekerjaan.

Ng berkata platform e-dagang rentas sempadan turut memburukkan jurang berkenaan dengan memberi subsidi kepada kos logistik serta membolehkan penghantaran terus dari kilang kepada pengguna.

‘PKS tempatan tidak mempunyai peluang’ dari segi harga dan kepantasan penghantaran, katanya.

Beliau berkata pengimport mesti mematuhi piawaian sama yang dikenakan ke atas pengeluar tempatan, termasuk pensijilan SIRIM, keperluan keselamatan, penarafan kecekapan tenaga serta pelabelan mandatori dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.

“Pada masa ini, barangan yang tidak diperakui memasuki pasaran melalui platform dalam talian dengan penelitian yang minimum.”

Ng berkata pengeksport Malaysia perlu memenuhi keperluan pensijilan seperti piawaian CE bagi eksport ke Eropah dan keperluan CCC di China, justeru penjual asing juga perlu dikenakan peraturan sama apabila memasuki pasaran Malaysia.

Beliau turut menggesa pemeriksaan kastam dan audit gudang diperketatkan bagi membendung salah pelabelan ‘transshipment’, sambil berkata pengisytiharan nilai yang lebih rendah daripada sebenar merupakan masalah utama membabitkan import terus dari kilang kepada pengguna.

Ng berkata tekanan itu semakin meningkat apabila pengeluar China mencari pasaran luar negara untuk menghabiskan lebihan inventori susulan lebihan kapasiti industri dalam negara dan penggunaan yang semakin perlahan.

Katanya, Samenta tidak menggesa perlindungan menyeluruh terhadap industri tempatan, sebaliknya mahukan penguatkuasaan lebih tegas serta langkah untuk membantu PKS meningkatkan daya saing.

Antara langkah itu termasuk geran padanan dan rebat cukai bagi automasi, transformasi digital, pematuhan ESG serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membantu PKS meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian nilai.

Nair berkata Putrajaya mempunyai hak untuk melindungi industri tempatan daripada persaingan berlebihan tanpa semestinya melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Katanya, lebihan kapasiti industri domestik China dan penggunaan yang semakin perlahan menyebabkan pengeluar serta pengedar menyalurkan inventori ke Asia Tenggara, dengan Malaysia menjadi ‘sasaran utama’ berikutan ekonominya yang terbuka.

Ahli ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, berkata barangan import murah merupakan ‘pedang bermata dua’ kerana pengguna mendapat manfaat daripada harga lebih rendah, manakala PKS berdepan persaingan import yang lebih sengit.

Katanya, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi kerana PKS juga perlu memastikan produk mereka kekal berdaya saing.

“Jika tidak, ia akan menjadi satu cabaran besar. Mereka perlu meningkatkan ciri produk, bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai atau mengubah model perniagaan mereka,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.