InquirerManila court issues arrest warrant vs Atong Ang – DOJThe Jerusalem PostJensen Huang disclosed additional affairs to Nvidia board before reinstatement as CEO - reportPunchBacking Obi in 2023 was a mistake – AbureCNN TürkBeşiktaş’ta Hyeon-gyu Oh için resmi teklif bekleniyorBollywood HungamaIFFI 2026: Ayan Mukerji BREAKS silence on Brahmastra’s mixed reception: “If there were things audiences didn’t like, probably they were things we needed to improve in the storytelling”Aitnewsإعلان عالمي في شنغهاي يدعو إلى توحيد معايير الجيل السادس ودمج الاتصالات بالذكاء الاصطناعيZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe South AfricaneThekwini council sitting goes ahead despite KZN Cogta directiveBillboardBilly Ray Cyrus on Miley’s Wedding: ‘I’m the Proudest Dad Alive’The Sydney Morning HeraldAustralian bowling ‘cartel’ gets back down to business in fiery SCG net sessionWirtualna PolskaDwa bloki w wyborach? Wiadomo, kto by wygrałسكاي نيوز عربيةأبوظبي.. مدينة الاستثمار وجودة الحياة
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Penolong pengurus bank mengaku tak salah pecah amanah RM325,000

Translate

Seorang penolong pengurus bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Segamat hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai RM325,000 milik majikannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Faiz Azaman, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang diamanahkan dengan wang berkenaan atas kapasiti sebagai penolong pengurus bank, didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah RM325,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Genuang pada 12.41 tengah hari, 7 November lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Aina Muhammad Ismail Tadj mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM60,000 namun selepas mendengar rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Jan bagi penyerahan dokumen serta pelantikan peguam.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.