CNN TürkAnkara’da Senfoni İzdihamı: CSO’nun 200. Yıl Açılışında Salon Doldu Taştı!PunchOtti constitutes Abia LP 2027 campaign councilInquirer18-year-old allegedly yields P4.9M worth of marijuana in PangasinanESPN Deportes¿Cómo le fue a Checo en la qualy del GP de Bahréin en Malasia?ESPNRanking the top 10 Premier League summer transfers so far: No. 1 may surprise youThe Jerusalem Post'Attempted terror attack': UAE prosecution reveals first details of flydubai investigationUOLDesabamento de bar deixa 11 feridos na Espanha; há presos nos escombrosRTL BoulevardGert Verhulst verstopte dure auto uit angst voor kritiek: 'Bang om ermee te koop te lopen'Straits Times SportTalents Ambition one to beatZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFEgypt IndependentHot, rainy weather expected in Egypt for SaturdayGIGAZINE鬼滅の刃・LONA・プリズマ☆イリヤ・Fate・魔法使いの夜がマチ★アソビ vol.31に向けて徳島阿波おどり空港をアニメジャック
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

PAS tak perlu jawab andaian Zahid jadi PM, Iskandar beritahu Mahfuz

Translate

Seorang pemimpin PAS menolak gesaan supaya parti itu menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU16.

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad berkata persoalan itu terlalu awal dan belum dibincangkan dalam parti serta hanya andaian bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming yang kini penganalisis politik.

Sehubungan itu, beliau menekankan tiada keperluan untuk melayan gesaan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang membangkitkan isu berkenaan berdasarkan ramalan Ong.

“Sesiapa sahaja boleh membuat andaian dan spekulasi. Ada banyak andaian-andaian, jadi adakah PAS perlu menjawab semua andaian-andaian itu?” katanya kepada FMT.

Mahfuz membangkitkan perkara itu susulan ramalan Ong yang Zahid akan menjadi perdana menteri jika BN dan PN membentuk pakatan serta memenangi PRU16.

Menurutnya, PAS mungkin memenangi lebih banyak kerusi berbanding BN, tetapi beliau menjangkakan Zahid akan mendapat sokongan parti dari Sabah dan Sarawak untuk jawatan tertinggi itu.

Iskandar turut mempersoalkan tindakan Mahfuz membangkitkan perkara itu sedangkan Pakatan Harapan (PH) menerima presiden Umno itu sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan.

“Saya pelik Mahfuz membangkitkan isu ini kerana PH telah dapat menerima Zahid sebagai timbalan perdana menteri.

“Kalau nak tanya, soalan yang tepat daripada Mahfuz adalah adakah PAS dapat menerima Zahid sebagaimana PH dapat menerima beliau,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.