Bollywood HungamaSalman Khan returns in an action-packed avatar In Maatrubhumi: May War Rest In Peace, trailer out nowPunchUK coroner links school rules to teenager’s suicideThe Jerusalem PostOlympic judo champion Teddy Riner announces bid for French presidencyInquirer‘Evasive,’ conflicting answers test impeachment court’s patienceCNN TürkHegseth'e azil girişimi engellendiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüTuvalet fırçası veya çöp kutusu değil: Evinizdeki en tehlikeli eşya mutfaktan-tvJunge trifft es besonders hart: Immer mehr Akademiker sind arbeitslos경향신문“수소트램 재검토 해야”···대전지역 시민사회단체 대책위 구성Wirtualna PolskaBulwersujące nagrania po ataku w Krakowie. TikTok reagujeLa NaciónLa historia del joven que emocionó a León XIV en la vigilia en Palermo: “Empecé a drogarme para no sentirme solo”CNN بالعربيةإيران.. رواج فيديو "مدينة صاروخية" تحت الأرض يكشفه الحرس الثوري
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

4 kali dalam 11 hari Kg Melayu Subang banjir

Translate

Penduduk Kampung Melayu Subang berdepan kejadian banjir kali keempat pada bulan ini, menurut pengguna platform media sosial Threads.

Pada 6 pagi tadi, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Selangor, termasuk Petaling yang menempatkan kampung berkenaan.

Tiga jam kemudian, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di stesen Kampung Melayu Subang berada pada 18.11m, melepasi paras bahaya 17.4m.

Setakat 10.45 pagi, paras air menurun kepada 16.92m, sedikit melebihi paras amaran 16.9m.

Penduduk berkongsi pengalaman mereka di Threads, dengan pengguna @__nrdynaa mengeluh mengenai keadaan kampung itu yang mudah dilanda banjir.

“Sudah empat kali banjir dalam tempoh dua minggu! Tahun ini paling teruk dalam sejarah,” katanya.

Seorang lagi pengguna Threads, @faezprop2u, mempersoalkan punca banjir yang kerap berlaku di kampung itu.

“Walaupun tak hujan air tetap naik. Sekarang ini nak keluar pun rasa takut,” katanya.

Sementara itu, @zurintahir memuat naik video di Threads selepas menghantar anaknya ke sekolah, yang menunjukkan jalan dinaiki air dan beberapa pemandu cuba meredahnya.

Beliau juga bimbang dengan nasib pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Video yang dimuat naik di platform itu oleh @inaabdulaziz dan @jannahseri turut menunjukkan rumah ditenggelami air banjir, dengan paras air hampir mencecah paras lutut.

Pengguna Threads @nothingbhtthetruth pula berkata beliau keberatan untuk berpindah bagi mengelak banjir dan menegaskan bahawa akan terus kekal di kampung itu.

“Saya perlu tinggal di sini untuk memastikan semuanya terkawal. Kampung Melayu Subang ialah tempat saya menghabiskan zaman kanak-kanak,” kata pengguna itu.

Kampung Melayu Subang merupakan kawasan paling teruk terjejas apabila banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada 2 Nov lalu, dengan paras air melebihi paras bahaya sebanyak 1.37m.

Dianggarkan 92 rumah ditenggelami air.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.