The Jerusalem PostAustralia sanctions individuals, organizations tied to West Bank settlements, settler violenceInquirerOas in Albay launches digital services to cut red tape, lessen feesPunchFG orders recovery of excess payments to university workersCNN TürkRESMİ GAZETE KARARLARI 18 KASIM: Resmi Gazete atamaları ve kararları neler? Bayburt Üniversitesi öğretim üyesi alımı ilanı yayınlandı!한겨레미국 노동자, 업무에 AI 사용시간 5.3% 불과…“AI 생산성효과 아직 미미”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesPolice arrest 36 foreigners in Kuantan love scam raids경향신문46표 차로 당선된 전화식 성주군수···경찰, ‘위장전입 의혹’ 압수수색GMA NewsSara Duterte camp says 2 former staff now safe amid alleged threatsDeadlineIDA Awards Nominations: ‘Concrete Land’ Lands 6, With ‘To Hold A Mountain’ Close Behind; Elizabeth Holmes Doc In The MixХабр«Процесс» Франц КафкаLa NaciónVideo: los golazos de Nico Paz, Julián Álvarez, Franco Mastantuono y Alexis Mac Allister para la Argentina ante Costa Rica
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Trump hargai peranan Anwar dalam perjanjian damai Kemboja-Thailand

Translate

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengiktiraf peranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam membantu memeterai perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand tahun lepas, selain menegaskan semula komitmen Washington untuk memastikan perjanjian itu dilaksanakan sepenuhnya.

Berucap pada Sidang Kemuncak Khas Asean-AS di sini pada Selasa malam, Trump berkata usaha bersama mereka berjaya mencapai gencatan senjata dan membolehkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal kembali ke kediaman masing-masing.

“Seperti yang anda semua maklum, pada mesyuarat Asean di Malaysia tahun lepas, Anwar dan saya telah menjadi perantara dalam memeterai perjanjian damai bersejarah antara Kemboja dan Thailand, yang dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Kami kekal komited untuk mengekalkan gencatan senjata itu dan memastikan perjanjian berkenaan dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dipersetujui setahun lalu,” kata beliau.

Trump, yang mengadakan lawatan ke Manila sebagai sebahagian daripada siri lawatannya ke Asia termasuk ke Shenzhen, China bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), yakin gencatan senjata itu akan terus berkekalan.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan pemahamannya bahawa hubungan antara kedua-dua negara kini semakin baik.

Menyifatkan perjanjian berkenaan sebagai pencapaian penting hasil usaha bersama, Trump berkata beliau turut menerima penghargaan daripada Kemboja dan beberapa pemimpin lain.

“Itu satu pencapaian besar, sesuatu yang hebat yang kami jayakan bersama,” kata Trump.

Deklarasi bersama itu ditandatangani di Kuala Lumpur pada 26 Okt 2025 oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, dengan Anwar dan Trump menyaksikan majlis menandatangani dokumen berkenaan.

Deklarasi itu menegaskan semula komitmen kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertikaian sempadan secara aman, mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan serta menangani isu berkaitan sempadan menerusi mekanisme dua hala sedia ada.

Deklarasi berkenaan merupakan susulan kepada komitmen terhadap keamanan dan keselamatan yang diumumkan di Putrajaya pada 28 Julai 2025, selepas tercetusnya konflik sempadan antara kedua-dua negara jiran itu.

Sidang kemuncak khas itu menghimpunkan Trump bersama pemimpin dan wakil daripada 11 negara anggota Asean, dengan Malaysia diwakili Anwar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.