ESPN'I want to build dynasties here': How the Valkyries built a title winner in just two yearsESPN DeportesChivas se aprovecha de un endeble Atlante y pelea la cimaInquirerSpooky mall frights, cemetery bazaar mark Bukidnon Halloween한겨레낮은 주가 방치 ‘저PBR’ 기업 151곳…이마트·태광산업·현대제철 포함The Jerusalem PostHezbollah unlikely to attack Israel in case of US-Iran war unless regime under threat - reportZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLPropostas de Lula para as ferrovias focam trens urbanos e metrôsХабрSlyber TURN Server для WebRTC приложений с установкой в одну командуRolling StoneHarry Styles Honored by Jalen Brunson at Madison Square Garden, Receives 30 Nights BannerSportstarIND A vs NZ A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 2: New Zealand A 105/3; Boyle, Foxcroft rebuild; India A 346 all outColliderPrime Video's New 8-Episode Sci-Fi Series Continues a Modern MasterpieceMalay MailMalaysian gets two weeks’ jail in Singapore for dragging woman into lift after she refused invitation home
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Ahli Parlimen DAP gesa LLM diberi 7 hari jelas isu TuJu

Translate

Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi penjelasan bertulis berserta bukti dalam tempoh tujuh hari berhubung beberapa persoalan mengenai aplikasi TuJu.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata penjelasan itu perlu merangkumi taklimat diberikan kepada perdana menteri, pemilihan Prosignal Consortium Sdn Bhd, kemungkinan konflik kepentingan, keselamatan data pengguna serta sebarang tanggungan kewangan LLM.

Beliau turut mahu penjelasan berkenaan didedahkan kepada umum supaya rakyat dapat menilai sendiri perkara itu, kecuali maklumat yang benar-benar sulit.

“Jika terbukti berlaku kecuaian serius atau salah laku, tindakan tegas mesti diambil.

“Jangan jadikan pegawai bawahan kambing hitam sedangkan keputusan dibuat oleh pengurusan tertinggi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata pengurusan tertinggi LLM perlu bertanggungjawab sekiranya kerajaan diberikan maklumat tidak tepat atau mengelirukan mengenai kemampuan TuJu.

Beliau mengulas penjelasan Pengerusi LLM Hasni Mohammad bahawa TuJu pada asalnya dibangunkan untuk menambah baik perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukan untuk bersaing secara langsung dengan Waze.

Hasni turut membangkitkan persoalan sama ada LLM dan Prosignal memberikan gambaran tepat mengenai fungsi TuJu ketika taklimat Majlis Keselamatan Negara bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 20 Okt.

Beliau yang tidak menghadiri taklimat itu berkata sekiranya maklumat diberikan kepada MKN mengelirukan, perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Pada 20 Oktober, Anwar menggalakkan rakyat Malaysia untuk beralih daripada Waze kepada TuJu, dengan menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan maklumat pengguna dan data pergerakan mereka, memandangkan Waze mempunyai kaitan dengan Israel.

Arahan kerajaan seterusnya yang mengehadkan penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam berserta usaha mempromosikan TuJu mencetuskan perbandingan antara kedua-dua aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, TuJu kemudiannya menerima aduan mengenai gangguan teknikal dan kekurangan dari segi navigasi susulan lonjakan bilangan pengguna.

Prosignal memohon maaf atas gangguan yang berlaku dan memaklumkan pasukan teknikalnya sedang berusaha memulihkan serta menambah baik fungsi navigasi aplikasi itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.