PunchAsian Games: South Korea captain apologises over military exemption remarkThe Jerusalem PostThe US and Israel must come to Saudi Arabia’s aid - opinionDaily MaverickGOING PLACES: On a borrowed bike, Siya Ntsele shows what grit and talent can achieveInquirerTyphoon Choi-wan’s trough to bring scattered rains to Visayas, MindanaoESPNAlabama looks like, well, Alabama; Jeremiah Smith is undeniableCNN TürkYunanistan elçisini BM'de terleten soru한겨레‘31살 신인’ 왕정훈, 현대해상 최경주 인비테이셔널서 KPGA 투어 첫 승Straits Times SportTeam Singapore have to ‘keep pressing on’ against mounting Asian competition20 Minuten20 Verletzte – News-Scout erlebt Camping-Inferno hautnah mitMalay MailFrom 3pm to 4.33pm: Bahrain Grand Prix finally gets new start time after Sepang downpourSouth China Morning PostChina’s hospital ships project a different kind of naval power in AfricaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Dulu ketengah calon PM, kini kata terlalu awal, Tun Faisal persoal PAS

Translate

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan alasan PAS bahawa masih terlalu awal membincangkan calon perdana menteri sedangkan pemimpin parti itu pernah mengetengahkan beberapa nama sebelum ini.

Beliau berkata pendirian itu menimbulkan persoalan selepas Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad semalam berkata parti itu belum membincangkan calon perdana menteri bagi PRU16.

Tun Faisal mengingatkan pada Ogos tahun lalu, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden pernah menyenaraikan lima pemimpin sebagai calon berpotensi, iaitu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar dan Idris Ahmad serta Hamzah Zainudin yang ketika itu timbalan presiden Bersatu.

Hamzah dipecat Bersatu, Februari lalu dan kini mengetuai Parti Wawasan Negara.

Pada Februari lalu, Pemuda PAS turut mencetuskan idea mengangkat Samsuri sebagai calon perdana menteri selepas menteri besar Terengganu itu dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Menurut Tun Faisal, rekod itu menunjukkan isu calon perdana menteri bukan perkara yang tidak pernah dibincangkan atau diketengahkan oleh pemimpin PAS sebelum ini.

“Jadi pelik mengapa kali ini Iskandar dan PAS tiba-tiba ‘menikus’ dan tidak berani menamakan calon PM?

“PAS kemungkinan sedar ia tiada pemimpin yang mampu diketengahkan sebagai calon PM.

“PAS sendiri dilihat tidak yakin dengan kemampuan Samsuri apabila melucutkan jawatan ketua pembangkang daripadanya dan mengembalikan jawatan itu kepada bekas ahli Bersatu Hamzah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Iskandar menolak gesaan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar supaya PAS menyatakan sama ada bersedia menerima Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) dan PN membentuk kerajaan selepas PRU16.

Iskandar berkata persoalan itu terlalu awal, belum dibincangkan PAS dan hanya berdasarkan andaian bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming mengenai kemungkinan berlaku kerjasama PN dengan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.