ESPN DeportesCeltics dejan a Knicks con su segunda derrota en filaThe Jerusalem PostPrehistoric hunter-gatherers stayed connected across 200 kilometers, Israeli study findsESPNWhat's next for the Indiana Fever after front office departures?ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio한겨레나사, 2027년 달 착륙 예행연습…사상 첫 3대 우주선 발사ColliderOne of Disney’s Best Movies in Recent Years Isn’t Getting a SequelUOLLula diz que Flávio não gosta do Nordeste; senador diz que será 'carioca mais nordestino'SDP EspectáculosEse Pérez responde a las críticas por el millón de pesos que le regaló Eduin CazRai NewsThe Voice Senior, Arisa-Concato da brividi, coach a caccia dei talenti migliori매일경제“일본여행 환전 더 기다려, 말아?”…日 금리 인상만 봐선 안 되는 이유CBS NewsThune campaigns with Ashley Hinson as Senate GOP zeroes in on IowaLenta.ruМинобрнауки определило минимальные баллы ЕГЭ для поступления в вузы в 2027/2028 учебном году. Какие изменения ждут абитуриентов?
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Kaji bagaimana F1 jana RM950 juta, kata pakar

Translate

Pakar berpendapat kajian mendalam perlu dijalankan bagi menentukan bagaimana Grand Prix Bahrain F1 yang berlangsung di Sepang baru-baru ini menjana aktiviti ekonomi bernilai RM950 juta, sebelum kerajaan menjadikannya acara tetap.

Yeah Kim Leng

Yeah Kim Leng.

Ahli ekonomi dari Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, berkata Malaysia perlu terlebih dahulu mengenal pasti jumlah perbelanjaan sepanjang hujung minggu perlumbaan pada 2 hingga 4 Okt daripada pelancong asing yang datang khusus untuk menyaksikan perlumbaan F1 itu.

Jelasnya, sebahagian daripada sumbangan ekonomi itu mungkin datang daripada rakyat Malaysia sendiri, yang sebaliknya akan membelanjakan wang mereka di tempat lain, sama ada bercuti atau melakukan aktiviti riadah lain.

Pensyarah pengurusan pelancongan di Universiti Teknologi Mara, Hafiz Hanafiah, berkata perbelanjaan yang benar-benar memberi impak ialah perbelanjaan oleh pelancong asing.

Bagi menjelaskan pandangannya, beliau menggunakan analogi tab mandi.

“Bayangkan ekonomi Malaysia seperti sebuah tab mandi,” katanya kepada FMT sambil menjelaskan jumlah air di dalam tab mandi hanya akan bertambah apabila lebih banyak air dituang ke dalamnya.

“Jika seorang rakyat Malaysia membatalkan percutian ke Langkawi semata-mata untuk membeli tiket F1, dia sebenarnya hanya memindahkan air dari satu bahagian tab mandi ke bahagian lain. Keadaan mungkin kelihatan sibuk, tetapi paras air tidak meningkat.”

Katanya, perbelanjaan pelancong asing amat diperlukan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Minggu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Taufik Johari, mengumumkan Grand Prix Bahrain F1 menjana pendapatan USD232 juta, bersamaan RM950 juta kepada Malaysia.

Seramai 261,000 penonton memenuhi tempat duduk penonton sepanjang tiga hari perlumbaan itu berlangsung. Selain itu, Taufik berkata, acara itu menarik lebih 50,000 pelancong asing ke Malaysia.

Jelasnya, kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan menganjurkan F1 beberapa tahun sekali, dengan kerjasama negara lain berbanding menganjurkannya setiap tahun.

Tetapi, beliau berkata, cadangan itu masih di “peringkat awal” dan laporan mengenai kos serta manfaat dijangka siap menjelang akhir bulan depan.

Hafiz berkata, walaupun Malaysia hanya menjadi tuan rumah sekali dalam tempoh beberapa tahun, setiap kali penganjuran perlu menjana sekurang-kurangnya RM300 juta hasil tambahan daripada perbelanjaan pelancong asing bagi memastikan ia berbaloi.

Pun begitu, jumlah itu hanya cukup untuk menampung yuran penganjuran yang perlu dibayar kepada Liberty Media, pemegang hak komersial F1.

Bagi perlumbaan F1 di Sepang baru-baru ini, Bahrain telah membayar yuran penganjuran, membolehkan Malaysia meraih manfaat daripada perbelanjaan pelancong tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos awal. Sebagai balasan, jelas Hafiz, Bahrain memperoleh semua hasil jualan tiket.

Yeah berkata, aturan ini tidak akan terpakai bagi acara akan datang, jika Malaysia memutuskan untuk menjadi tuan rumah sekali lagi.

Libatkan sektor swasta, lanjut tempoh acara

Hafiz berkata, kerajaan boleh melibatkan syarikat swasta untuk menaja acara itu dan menampung kos penganjuran F1, seperti yang dilakukan Singapura.

Beliau turut mencadangkan acara berkaitan F1 dilanjutkan kepada 10 hari dan diadakan di kawasan lain seluruh negara bagi menggalakkan pelancong tinggal lebih lama dan seterusnya berbelanja lebih banyak.

Namun, Yeah turut memberi peringatan Putrajaya perlu terlebih dahulu menentukan sama ada RM300 juta yang diperlukan untuk menganjurkan perlumbaan itu mungkin lebih baik digunakan bagi keperluan awam lain, seperti sekolah dan hospital.

“Dana yang sama boleh digunakan untuk menangani keutamaan ekonomi lebih mendesak.”

Yeah berpendapat, menganjurkan perlumbaan itu sekali-sekala berbanding setiap tahun dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan sambil mengekalkan minat orang ramai. Tetapi, perbelanjaan tetap diperlukan untuk penyelenggaraan berkala Litar Antarabangsa Sepang.

Hafiz berkata, kos menyelenggara litar itu untuk memenuhi piawaian F1 boleh mencecah sehingga RM10 juta setahun.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.