PunchEbonyi PDP gov candidate pledges to end child hawking, house-help cultureRTP DesportoMédio do Benfica Enzo Barrenechea operado ao joelho esquerdoThe Jerusalem PostConverse removes ad campaign criticized over KKK-esque imagery, issues apologyCNN بالعربيةرياضيون وأثرياء ينامون على هذا السرير الذكي.. ما فائدته؟عالم التقنيةهونر تستعد لإطلاق سلسلة WIN 2 و WIN Pad للألعاب في أكتوبر7sur7Macron remet la Légion d’honneur à Martin Scorsese et Robert De NiroGMA News4 katao, kabilang ang 3 menor de edad, sugatan matapos saktan umano ng ilang barangay officialsVilaWeb“L’espardenya o l’esvàstica, tu tries”: protesta antifeixista de Junts, ERC, Comuns i la CUP al parlamentChannel News AsiaCOE premiums all close lower in latest bidding exerciseIl Fatto QuotidianoLionel Richie per la terza volta ricoverato in ospedale: il cuore del “re della disco” cede ancora, il tour viene cancellatoThe Sydney Morning HeraldNRL Tips - Finals Week 3BBC NewsMigrants taken to Dover after more than 30 hours at sea
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Tendang muka anak murid, guru didenda RM2,000

Translate

Bekas guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai kerana menendang muka seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun, pada 2024.

Tertuduh, Abdullah Mustakim, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, lapor Kosmo.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki dengan cara menendang muka menggunakan kaki kanan, di sebuah sekolah rendah di Kuala Krai sekitar 2.30 petang, pada 23 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farazaliza Fauzi.

Berdasakan fakta kes, sekitar 5.15 petang pada 23 Okt 2024, mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa telah dipukul dengan cara ditendang oleh tertuduh pada bahagian muka ketika kelas Kafa sehingga mengalami kecederaan pada bahagian gusi.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.