PunchDSS denies Atiku’s ADC rally disruption claim, orders probeDaily MaverickWORLD: Keisha Lance Bottoms wins Georgia race, becomes first black woman elected governor of USThe Jerusalem PostUS-Israel ties deserve transparency before elections, not after - editorialInquirerSt. Luke’s Medical Center reports personal data breach한겨레관람객 “안 보인다” 민원에 내실서 쉬지도 못해… 국내 코끼리 22마리의 열악한 삶Inquirer EntertainmentWinwyn Marquez gushes over Mikee Quintos’ resemblance to Alma MorenoCNN TürkCNN TÜRK ABD Temsilcisi Yunus Paksoy: “TRUMP TERSTEN TARİH YAZDI”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaDemokraci odbijają Senat i przejmują pełną kontrolę nad Kongresem. Sensacja w TeksasieBellaNaija“The Legacy Continues”: 2Baba Announces New Album ‘Oldest Young Man’The Hollywood ReporterBen Shapiro Says 2026 Midterms Were “A Wipeout for Republicans”: “The President Was Kind of on the Ballot”NDTVPramila Jayapal To Ro Khanna: How Indian-Origin Faces Are Performing In US Elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Pendedahan Kastam wajar dorong SPRM bertindak, kata pemain industri

Translate

Pendedahan Kastam berhubung ada pengimport memanipulasi pengisytiharan import disifatkan membimbangkan, kata seorang pemain industri maritim yang menggesa tindakan susulan diambil termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

R Jeyenderan berkata pendedahan oleh Ketua Pengarah Kastam Amran Ahmad mengenai pengisytiharan nilai, berat dan kuantiti barangan yang didakwa lebih rendah daripada sebenar perlu diambil serius.

Jelasnya, ini kerana ia bukan sahaja berpotensi menyebabkan kerajaan kehilangan hasil, malah menimbulkan persoalan mengenai ketepatan rekod dan pergerakan sebenar kargo.

Katanya, pihaknya pada 5 Jun lalu ada membuat laporan kepada SPRM berhubung isu sama iaitu percanggahan antara bil buatan dengan pergerakan fizikal dua kargo Atlanta Crude bernilai lebih RM220 juta dipunggah di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.

“Saya ingin tahu sama ada pendedahan terbaharu Kastam ini akan mendorong SPRM mengambil tindakan lanjut terhadap laporan kami buat sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Harian Metro melaporkan Amran berkata ada pengimport didakwa memanipulasi dokumen dengan mengisytiharkan nilai, berat dan kuantiti barangan lebih rendah daripada sebenar.

Pengimport terbabit turut didakwa menggunakan kod tarif tidak tepat bagi mengelak atau mengurangkan bayaran duti import dan cukai, sekali gus berpotensi menyebabkan kerajaan kehilangan hasil jutaan ringgit.

Mengulas lanjut, Jeyenderan berkata antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana pihak berkuasa dapat mengesan pergerakan sebenar kargo selepas ia dimasukkan ke dalam tangki simpanan yang turut mengandungi stok sedia ada.

“Persoalannya, bagaimana kita boleh memastikan jumlah sebenar kargo yang masuk, stok yang sedia ada dalam tangki dan pergerakan produk selepas itu dapat dikenal pasti dengan tepat?

“Ini termasuk proses pencampuran atau pengadunan serta jumlah produk yang akhirnya dikeluarkan atau dipindahkan,” katanya.

Menurutnya, semua rekod berkaitan perlu lengkap, termasuk jumlah kargo yang dipunggah ke setiap tangki, stok sedia ada, pergerakan produk dan keputusan ujian makmal.

“Tanpa rekod lengkap, sukar untuk memastikan setiap peringkat pengendalian kargo dapat dijejaki dan disemak,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.