PunchI’m a godfather, but don’t interfere in Abiodun’s govt — OsobaThe Jerusalem PostPalestinian-American to challenge John Fetterman for Pennsylvania Senate seat in 2028InquirerAmihan, easterlies to bring rains across parts of PH on Nov. 10CNN TürkHava Durumu (10-11-2026)한겨레The Huang affair: A Chinese honey trap, or simple infidelity by Nvidia CEO?Observador DesportoSapadores de Lisboa com 130 ocorrências das 0h00 até às 6h00Global NewsFrustration level high for beleaguered CanucksRTL BoulevardCruiseschip dat strandde in Cambodja nu in beslag genomen in SingaporeThe Sydney Morning Herald‘Smitten, yes. Obsessed, no’: Lamarre-Condon tells court about his feelings for TV presenterDaily MailResurfaced video shows moment Russell Brand and his father recall nights 'with prostitutes in Hong Kong'CNN بالعربيةمستوحى من فراء الغزال.. كايلي جينر تختار تصميمًا سعوديًا على السجادة الحمراء بلوس أنجلوسSözcüSon dakika... Cafer Mahiroğlu soruşturmasında ikinci dalga operasyon
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

‘Awal lagi’, kata Anwar berkait rombakan Kabinet

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berahsia mengenai kemungkinan rombakan Jemaah Menteri susulan spekulasi peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan serta masa depan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

“Masih awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran Minggu Pembinaan Antarabangsa, di sini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan berlaku rombakan Jemaah Menteri, dengan dua menteri dijangka mengosongkan jawatan masing-masing.

Loke meletak jawatan hujung September lalu selepas bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara atas kesalahan rasuah bawah tahanan rumah.

Beliau berkata, peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib ‘menjejak kaki di rumahnya’.

Denda RM50 juta, yang menjadi prasyarat bagi Najib menjalani tahanan rumah, telah dilunaskan, namun Jabatan Peguam Negara meminta penangguhan sementara menunggu penjelasan berhubung perintah pelepasan dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

Anwar turut berkata, Amir masih belum memberitahu beliau bahawa tempoh perkhidmatannya sebagai senator, akan berakhir pada Disember ini.

Amir dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 12 Dis 2023.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.