Inquirer13 years after Yolanda, Tacloban carries lessons into every typhoonThe Jerusalem PostIsraeli couple mistakenly enters Bethlehem with one-year-old son, rescued by security forcesZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Former NSW Police officer’s cross-examination continues over alleged murders of Jesse Baird, Luke DaviesKhaosod EnglishPoll finds cost of living, online scams top Thai stress factorsCNN BrasilChina prorroga suspensão de tarifa de 24% sobre produtos dos EUAStraits Times SportAustralia axe Labuschagne for New Zealand test seriesDeadline‘You Can See Everything’ Sweeps Top Categories At Critics Choice Documentary AwardsLenta.ruВ Британии сделали мрачный для Украины прогноз о ходе СВОThe Indian ExpressIndia News Live Updates, 9 November 2026: At least 35 injured in Diwali firecracker blazes in MP’s ChhatarpurThe Japan TimesEisenkot gets chance to form Israeli government after voteEl ComercioSport Boys vs UTC Cajamarca (0-0): resumen del partido por el Torneo Clausura
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Kecacatan pada ‘order of discharge’ tak patut berlaku, kata peguam negara

Translate

Peguam Negara Dusuki Mokhtar membangkitkan persoalan mengenai ketelitian penyediaan dokumen rasmi kehakiman yang menjadi rujukan pelaksanaan perintah tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.

Mengulas kecacatan didakwa pada dokumen ‘order of discharge’ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait hukuman itu yang mencetuskan persoalan dalam kalangan pengamal undang-undang, beliau berkata ia sepatutnya tidak timbul jika pihak terbabit mengambil langkah meneliti setiap butiran dengan cermat dan teliti.

Katanya, kecacatan dikesan pada dokumen itu adalah sesuatu yang ketara dan tidak sepatutnya berlaku dalam sistem perundangan negara.

“Perkara ini tak patut berlaku jika pihak berkenaan teliti. Kesilapan ini adalah ketara dan menyebabkan timbul masalah yang tak sepatutnya,” katanya menurut Berita Harian.

Kecacatan pada dokumen itu yang dipersoalkan, khususnya membabitkan ketepatan penggunaan istilah dan peruntukan undang-undang.

Dokumen itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas denda RM50 juta disyaratkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah, dilunaskan hasil kutipan melalui Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan Umno.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian mengambil tindakan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi sebenar perintah pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Susulan itu, Istana Negara menegur AGC, menyifatkan sebarang hujah mempertikai perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Agong.

Dalam kenyataan, Istana Negara menegaskan semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.

Ia turut menegaskan perintah pengampunan itu adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak mempunyai kaitan mana-mana kes lain dihadapi Najib.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sesi menghadap Sultan Ibrahim bagi menjelaskan persoalan perundangan timbul susulan kesan pembayaran denda tersebut, Dusuki enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, sumber memberitahu sesi itu kemungkinan pada Selasa ini.

Pada 18 Sept lalu, Najib, 73, yang juga bekas presiden Umno menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, sekali gus membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman itu dan pada hari sama, beliau mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Najib kemudian mengemukakan petisyen pengampunan kepada Agong pada 2 Sept 2022. Permohonan itu dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan 2024.

Pada 2 Feb 2024, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan lembaga pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.