InquirerSt. Luke’s Medical Center reports personal data breachThe Jerusalem PostIDF begins upgrading Gaza border barrier with new technology, infrastructurePunchState police: 28 assemblies approve, Tinubu’s assent nextDaily MaverickBOOK EXCERPT: Scorpio Rising — The latest thriller from SA’s master of crime fictionScreen RantSeven Of Nine Officially Goes Full Borg In Star Trek: Federation FleetThe Sydney Morning HeraldDemocrats sweep to power at midterms in rejection of Trump, RepublicansGlobal NewsDucks hold off Canucks for 5-4 victorySeeking AlphaHackett projects $68M-$70M Q4 revenue with ~48.5% adjusted gross margin amid AI platform transitionGMA NewsDemocrats seize US House, near Senate takeover in mauling for Trump's RepublicansSoompiKim Woo Bin And Seo Eun Soo Take Different Approaches To Leading Their Baseball Team In New Drama “GIFT”Investing.comMetropolis Healthcare تسجل نمواً قوياً في الربع الثاني من عام 2026Het Laatste NieuwsTrump feliciteert Democraten, maar deelt tegelijkertijd ook nieuw ‘petje’
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

KBS tak lulus Hyrox KL selagi tajaan arak kekal

Translate

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.

Menterinya, Taufiq Johari, menegaskan permohonan penganjuran acara yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 13 Dis di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) masih diproses serta tiada dana disalurkan, selepas tular tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai ‘Official Beer Partner’.

Jelasnya, penarikan itu termasuk semua logo, cap dagangan dan bahan promosi berkaitan syarikat berkenaan daripada semua saluran rasmi acara serta venue pertandingan.

Beliau merujuk Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat Edisi Ketiga 2024 yang melarang pihak terbabit dalam perniagaan tembakau, rokok elektronik atau minuman beralkohol menaja, mempromosi atau mengiklankan dalam aktiviti sukan diluluskan atau disokong KBS.

“Mana-mana individu atau organisasi yang terlibat dalam perniagaan berkaitan produk tembakau, rokok elektronik atau minuman beralkohol tidak dibenarkan untuk menganjur, menaja, mempromosi, mengiklan, menjual, memberi sebagai hadiah.

“…atau meletakkan cap dagangan dalam apa-apa penganjuran aktiviti sukan yang diluluskan atau disokong KBS dan agensi di bawahnya atau di dalam fasiliti dimiliki KBS dan agensi di bawahnya,” katanya dalam kenyataan.

Taufiq berkata, semua syarikat yang memohon lesen untuk menganjurkan acara sukan perlu mengisytiharkan komitmen mematuhi Kod Sukan Selamat, dengan peraturan itu terpakai kepada semua penganjur tanpa pengecualian.

Beliau turut mengingatkan syarikat tidak boleh terbabit aktiviti sukan tanpa lesen Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengikut Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997, yang memperuntukkan denda RM50,000 hingga RM500,000, penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

“KBS tidak akan berkompromi dalam memastikan persekitaran sukan selamat dan sihat untuk semua peserta,” katanya sambil menegaskan peraturan sama terpakai kepada syarikat tembakau, rokok elektronik dan minuman beralkohol tanpa mengira jenama atau sasaran pengiklanan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

KBS tak lulus Hyrox KL selagi tajaan arak kekal — KioskNews