Daily MaverickARTFUL REPOSE: At home with African art: resting in a museum of creative repairInquirerNKTI’s 12-story extension ‘operational’ by 2028The Jerusalem PostRequests for sexual assault support jump 28% as survivors face treatment backlog한겨레경찰, ‘선거법 위반 혐의’ 성주군수 휴대폰 압수수색Inquirer EntertainmentKlea Pineda reveals wedding talks with Janella Salvador: ‘Beach wedding’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüABD’de dijital kaos! Uçuşlar durdu, bankalar aksadıNHK 社会【動画】Pickup NEWS(11月18日)The Sydney Morning HeraldBuilding Bad royal commission LIVE updates: Bikie Joel Leavitt says dull safety paperwork was easier after ‘a big line’ of cocaineNew Straits TimesCourt overturns adoption order involving foreign nationalQuemEx-BBB Eslovênia celebra seus 30 anos e avalia: 'Toda escolha exige renúncias'HabertürkAşıklar ilk kez görüntülendi
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Chow, Zairil kecewakan rakyat P Pinang, dakwa Guan Eng

Translate

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas penggantinya Chow Kon Yeow dan exco Zairil Khir Johari berhubung kewajipan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membayar caj kapasiti RM210 juta setahun kepada Perak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan mengapa bayaran berjumlah RM8.4 bilion sepanjang 40 tahun tetap perlu dibuat walaupun PBAPP berisiko tidak menerima sebarang bekalan air terawat.

Menurutnya, isu terbabit dibangkitkan lima daripada 12 pengarah PBA Holdings Bhd (PBAH), syarikat induk PBAPP, yang secara rasmi membantah perjanjian pembelian air terawat bernilai RM24.6 bilion pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), 12 Nov lalu.

Beliau mendakwa lima pengarah bebas itu bimbang PBAPP tetap diwajibkan membayar caj kapasiti RM210 juta setahun walaupun menerima bekalan kurang daripada kuantiti minimum 300 juta liter sehari yang dipersetujui atau langsung tidak menerima sebarang bekalan.

“Chow Kon Yeow dan Zairil Khir Johari telah mengecewakan rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.

Mengikut perjanjian di bawah Skim Bekalan Air Perak Utara, PBAPP dijangka menanggung komitmen RM24.6 bilion selama 40 tahun bermula 31 Mac 2032, merangkumi caj kapasiti tetap RM8.4 bilion dan caj bekalan air terawat RM16.2 bilion.

Lim turut mempersoalkan kadar tarif asas air terawat yang bermula pada RM1.70 setiap meter padu, yang menurutnya boleh meningkat kepada RM7.21 sepanjang tempoh perjanjian, malah berpotensi menjadi lebih tinggi selepas semakan kontrak pada tahun ke-22.

Katanya, kos tambahan yang ditanggung PBAPP juga boleh menyebabkan tarif kepada pengguna meningkat sehingga RM1 lagi bagi setiap meter padu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan isu utama bukan semata-mata harga air, sebaliknya kewajipan membayar caj kapasiti walaupun tiada bekalan diterima.

“Sekurang-kurangnya kita membayar untuk sesuatu yang diterima, iaitu air terawat,” katanya, sambil menyifatkan perjanjian itu tidak adil, tidak rasional dan bercanggah dengan prinsip tadbir urus baik serta kepimpinan bertanggungjawab.

Sebelum ini, Chow berkata Pulau Pinang boleh menarik diri daripada perjanjian itu tanpa membayar pampasan sekiranya caj yang dipersetujui tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pembekal air Perak diberi tempoh sehingga 2035 untuk memperoleh kelulusan berkenaan.

Bagaimanapun, 97.9% undi pemegang saham pada EGM 12 Nov menyokong perjanjian itu.

Skim berkenaan dirancang membekalkan antara 300 juta hingga 500 juta liter air terawat sehari kepada Pulau Pinang bagi memperkukuh jaminan bekalan negeri yang kini memperoleh kira-kira 80% air mentahnya dari Sungai Muda.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.