CNN TürkGalatasaray’da Leroy Sane için ayrılık senaryosuPunchWhite House reaffirms US policy recognising only two gendersInquirerHeatwave fuels 54% fire surge in Northern MindanaoThe Jerusalem PostBrazilian lawyer convicted of racism after calling for Jews to be removed from leadershipBollywood HungamaPriyanka Chopra Jonas announces Ventilator 2, reunites with director Rajesh Mapuskar; film set for 2027 release한겨레삼성, 12년 만의 한국시리즈 우승 1승 남았다ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioIl Sole 24 OreCaro gasolio e tir, in Sicilia 15 milioni fermi: ma le domande scadono a fine meseХабр[Перевод] Восстановление готических соборов при помощи станков с ЧПУVanguardParaguay Senate impeaches President Peña, VP Alliana takes overSportstarभारत बनाम न्यूजीलैंड लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: भारत 86/5, जीत के लिए 49 रन चाहिए; श्रेयस 30 रन बनाकर आउट हुएThe Sydney Morning HeraldSingapore Airlines First Class suites
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

‘Kalau saya PM, saya dah pecat’, Muhyiddin cadang rombak Kabinet

Translate

Muhyiddin Yassin mencadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecat menteri tidak sehaluan sambil mendakwa mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan.

Bekas perdana menteri itu, berkata ia patut dipertimbang memandangkan perbalahan terbuka antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan Anwar, yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar.

“Kalau saya jadi perdana menteri, saya dah pecat mereka. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan.

“Sebab mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan. Mungkin tujuan itulah yang mereka lakukan supaya kerajaan yang dipimpin Anwar akan tumbang,” katanya menurut Sinar Harian ketika membantu kempen calon Bersatu di Pengkalan Batu.

Presiden Bersatu berkenaan berkata, pendirian BN semakin menimbulkan kekeliruan memandangkan parti itu masih mempunyai wakil dalam kerajaan termasuk timbalan perdana menteri, menteri, dan timbalan menteri.

Katanya, sebagai anggota kerajaan, sebarang ketidakpuasan hati terhadap dasar atau keputusan pentadbiran sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan di peringkat parti atau Kabinet, bukannya diluahkan secara terbuka.

“Prinsipnya, kalau kita menjadi anggota dalam sebuah kerajaan, kita tidak mengecam kerajaan sendiri atau parti yang ada dalam kerajaan. Itu prinsip biasa.

“Apa-apa isu yang tidak dipersetujui, bawa berbincang di peringkat parti atau Kabinet, bukan diluahkan di luar sehingga menunjukkan bukan sahaja berlaku keretakan, malah seolah-olah kerajaan perpaduan sudah mahu pecah,” katanya.

Pada 5 Nov, Anwar mencabar menteri Kabinet yang mengkritik kerajaan perpaduan semasa berkempen pada PRN Melaka membangkitkan rungutan mereka pada mesyuarat Kabinet.

Beliau sebelum ini pernah membidas pemegang jawatan persekutuan yang menggunakan kedudukan mereka untuk mengkritik rakan kongsi kerajaan perpaduan pada kempen PRN Negeri Sembilan, Ogos lalu.

Timbalannya, Zahid Hamidi, yang juga pengerusi BN memberi maklum balas ketika itu bahawa Anwar boleh memecat menteri BN, sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan mereka.

Pada PRN Melaka, PH dan BN tidak bekerjasama meskipun bersekutu di peringkat persekutuan. BN sebaliknya mengadakan pakatan pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.