ESPN49ers hold off furious Commanders' second-half rally to go 6-0ESPN DeportesMike Evans sale por lesión en el Commanders vs. 49ersThe Jerusalem PostMacklemore’s ‘Free Palestine’ tour will benefit group that called Oct. 7 a ‘prison break’Inquirer EntertainmentRuffa Gutierrez says mom Annabelle Rama ‘alive and kicking’ amid ‘false stories’ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio中国新闻网以明晰程序稳定出口预期 持续提升出口管制效能NHK 社会東大の総長選めぐり 文部科学省が選考経緯の検証を要請Lenta.ruПодросток порезал российскую туристку в центре одного из популярнейших городов мираNew Straits TimesMalaysia's exports smash record with 34pct surge to RM1.57 trillionSRF NewsKrieg in der Ukraine – Trump: Haben der Ukraine viel gegeben – und sie uns nichtsRMF24Wschodnia Polska z ostrzeżeniem. Trwa kolejny atak na UkrainęLa NaciónSarmiento le ganaba a Barracas Central con un golazo, pero el VAR llamó al árbitro Zamora para anularlo
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

Ujian politik Nik Nazmi menuju PRU16

Translate

Nik Nazmi Nik Ahmad bukan nama baharu dalam politik. Hampir dua dekad lalu, beliau muncul sebagai antara wajah muda PKR yang diberi peluang bertanding ketika perubahan politik mula berlaku di Selangor.

Pada 2008 ketika berusia 26 tahun, beliau memenangi DUN Seri Setia dengan majoriti 2,863 undi. Kemenangan itu menjadi permulaan kepada perjalanan agak pantas dalam politik negeri.

Beliau kemudian menjadi setiausaha politik kepada menteri besar Selangor ketika itu, Khalid Ibrahim. Selepas mempertahankan Seri Setia pada 2013, Nik Nazmi dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor sebelum menyertai pentadbiran negeri sebagai exco dari 2014 hingga 2018.

Pada PRU14, Nik Nazmi mengambil keputusan meninggalkan Seri Setia dan mencuba nasib di peringkat Parlimen.

Setiawangsa ketika itu bukan pilihan mudah. Kerusi tersebut tidak pernah dimenangi pembangkang, tetapi Nik Nazmi berjaya menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS dengan majoriti 14,372 undi. Empat tahun kemudian beliau mempertahankannya pada PRU15.

Kemenangan pada 2022 membawanya ke Jemaah Menteri apabila dilantik menerajui portfolio sumber asli dan alam sekitar. Dalam tempoh kira-kira 14 tahun, Nik Nazmi sudah bergerak daripada Adun muda kepada timbalan speaker, exco, Ahli Parlimen dan akhirnya menteri.

Laluan itu bagaimanapun tidak terus mendaki.

Pemilihan PKR tahun lalu menjadi titik perubahan penting. Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan naib presiden. Kekalahan itu disusuli keputusannya meletakkan jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam, yang menurutnya dibuat selepas tidak lagi mendapat mandat sebagai naib presiden parti.

Beberapa bulan kemudian, perubahan menjadi lebih besar. Nik Nazmi bersama Rafizi Ramli meninggalkan PKR dan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sebelum mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Dari situ, kedudukan politik Nik Nazmi berubah sama sekali. Beliau tidak lagi bergerak dalam parti mempunyai jentera, cawangan dan penyokong yang dibina selama puluhan tahun.

Bersama pula masih mencari tempat dalam gelanggang yang sudah sesak dengan BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan beberapa parti lebih kecil.

Itulah cabaran sebenar Nik Nazmi sekarang.

Namun, ketika beliau, Rafizi dan beberapa rakan perjuangan mulai rancak menyebarkan agenda Bersama terutama dalam berdepan PRN Melaka, bulan depan, Nik Nazmi berdepan satu lagi cabaran hebat.

Kontroversi tambah tekanan

Kontroversi terbaru membabitkan penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor atas dakwaan khalwat menambah satu lagi perkara yang perlu diuruskan, tetapi ia bukan keseluruhan cerita politik Nik Nazmi.

Beliau mengesahkan penahanan itu, memohon maaf kepada isteri, keluarga dan Bersama atas apa yang disifatkannya sebagai ‘kesilapan pertimbangan’, sambil menegaskan tiada perbuatan sumbang berlaku. Kes itu masih melalui proses undang-undang.

Bersama kemudian memutuskan merehatkannya daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan, bermula 20 Okt (hari ini) hingga 19 Jan 2027.

Bagi seorang tokoh politik berpengalaman, kontroversi boleh reda. Yang lebih sukar ialah memulihkan momentum apabila ia berlaku ketika parti sedang cuba memperkenalkan dirinya kepada pengundi.

Nik Nazmi kini berada di persimpangan yang mungkin tidak pernah dibayangkannya ketika kali pertama memenangi Seri Setia 18 tahun lalu.

Dahulu, setiap langkahnya membawa kepada tanggungjawab lebih besar — dari DUN ke Parlimen, kemudian ke Kabinet. Kini beliau perlu bermula daripada kedudukan yang jauh kurang selesa.

Jawatan menteri sudah dilepaskan. PKR sudah ditinggalkan. Kerusi Parlimen juga dikosongkan. Parti baharunya pula belum membuktikan kemampuan memenangi kerusi, selain perlu menyelesaikan kontroversi peribadi.

Sebab itu, PRU16 bukan sekadar peluang untuk Nik Nazmi kembali ke Parlimen. Ia akan menunjukkan sama ada pengalaman dan nama yang dibinanya sejak 2008 masih mempunyai daya tarikan.

Barangkali bagi Nik Nazmi, itu cabaran politik paling besar sepanjang kerjayanya.

Penulis ialah timbalan pengarang Meja Berita Bahasa Melayu FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.