InquirerRespect Sagada’s tradition for the dead, tourists toldDaily MaverickUkraine pauses strikes on Russian refineries after pressure from Trump, WSJ reportsESPNWeek 9 has the ACC in the spotlight and backup QBs taking over the Big TenESPN DeportesPackers vuelven a la victoria con triunfo en casaPunchObi faults Tinubu campaign posture, questions capacity to governThe Jerusalem PostBrazil's President Lula won, but its people elected ‘a divided government’ - analysisZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioХабрClaude и Codex составили рейтинги вузов б.СССР по 49 критериям из мира Verilog, FPGA и ASICNew Straits TimesMarquez hits the ground running as injured Martin struggles at SepangLenta.ruНазвана главная причина задержек в поиске пропавших туристовColliderOne of 2026's Biggest Breakout Stars First Stole the Show in This Classic Fantasy GameMalay MailThree Myanmar boys aged 11 and 12 plead not guilty to threatening woman, 71, in Bukit Mertajam with mop, metal rod and stones
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Cukai terendah, dana pembiayaan tertinggi: Mampukah 2027 jadi tahun PMKS?

Translate

Belanjawan 2027 menurunkan kadar cukai pendapatan korporat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada 14% dan 16%, selain meningkatkan kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan kepada RM57 bilion.

Namun, sejauh mana langkah ini mampu membantu PMKS berkembang dan menjadikan 2027 sebagai ‘tahun PMKS Malaysia’?

Pakar ekonomi dan wakil industri menilai kesan langkah tersebut terhadap aliran tunai, produktiviti serta kemampuan perniagaan tempatan berkembang ke pasaran lebih luas.

Penjimatan cukai jadi modal kerja

Belanjawan 2027 mencadangkan pengurangan kadar cukai pendapatan korporat PMKS daripada 15% kepada 14% bagi RM150,000 pertama pendapatan bercukai, dan daripada 17% kepada 16% bagi RM450,000 seterusnya.

Langkah itu dianggarkan memberi penjimatan sehingga RM6,000 kepada perniagaan yang layak, dengan kira-kira 300,000 PMKS dijangka menerima manfaat.

Lai Wei Sieng

Lai Wei Sieng.

Pakar ekonomi Lai Wei Sieng daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kadar 14% dan 16% itu adalah yang terendah setakat ini bagi kategori pendapatan bercukai berkenaan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) William Ng pula berkata, penjimatan itu tidak wajar dipandang kecil kerana wang berkenaan boleh terus digunakan sebagai modal kerja.

william ng

William Ng.

“Saya tahu ada pihak memperkecilkan penjimatan RM6,000 itu, tetapi bagi sebuah PMKS, penjimatan cukai ini membolehkan syarikat mengekalkan lebih banyak wang setiap tahun untuk digunakan sebagai modal kerja,” katanya.

Berbanding geran memerlukan permohonan dan penyediaan dokumen, katanya, pengurangan cukai membolehkan syarikat yang layak menyimpan lebih banyak pendapatan, selain menunjukkan kerajaan memahami cabaran aliran tunai mereka.

Jaminan bantu atasi kekurangan cagaran

Menurut SME Corp, pada tahun 2027, sejumlah RM67.9 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan PMKS melalui inisiatif dan program yang dapat memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada PMKS, tertinggi dalam sejarah, naik daripada RM54.9 bilion pada tahun 2026.

Sebahagian kemudahan itu turut dibuka kepada syarikat bersaiz pertengahan.

Ng berkata banyak perniagaan kecil, khususnya dalam sektor perkhidmatan, sukar mendapatkan pinjaman disebabkan prestasi kewangan yang tidak sekata atau kekurangan cagaran.

Menurutnya, jaminan kredit dapat mengurangkan risiko yang ditanggung bank, sekali gus meningkatkan peluang permohonan pembiayaan diluluskan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan keputusan pinjaman kekal di tangan bank dan pengusaha perlu membantu institusi kewangan memahami operasi serta keperluan pembiayaan perniagaan mereka.

Ruang menyesuaikan kos gaji

Belanjawan 2027 turut mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, dengan PMKS yang mencatatkan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan sementara daripada kadar baharu itu bagi memberi ruang menyesuaikan model perniagaan.

Ng berkata, pengecualian itu mengambil kira perbezaan kemampuan antara perniagaan di pusat ekonomi utama dan bandar kecil.

Menurutnya, banyak PMKS di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang sudah membayar gaji melebihi RM2,000, sedangkan perniagaan di bandar kecil lazimnya mempunyai hasil dan kadar gaji lebih rendah.

Namun, beliau menegaskan kenaikan gaji tidak dapat dielakkan dan pengusaha perlu memanfaatkan ruang yang diberikan untuk menyesuaikan operasi, termasuk beralih kepada automasi dan pendigitalan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja.

Pemodenan bukan lagi pilihan

Bagi pakar ekonomi Tan Peck Leong, sokongan pemodenan antara langkah paling penting dalam Belanjawan 2027 bagi memastikan kelangsungan dan daya saing PMKS.

Tan Peck Leong

Tan Peck Leong.

Belanjawan itu turut menaikkan had nilai aset kecil yang layak mendapat elaun modal kepada RM3,000 dan melanjutkan Elaun Modal Dipercepatkan bagi mesin serta peralatan ICT tertentu hingga akhir 2030.

Selain RM30 juta melalui MDEC untuk membantu 4,000 PMKS menggunakan AI dan automasi, kerajaan menyediakan RM60 juta kepada Matrade dan pembiayaan RM1 bilion melalui BPMB bagi menyokong peluasan pasaran eksport.

Tan berkata pelaburan dalam teknologi membolehkan perniagaan meningkatkan pengeluaran tanpa kenaikan kos pekerja yang terlalu tinggi, tetapi usaha itu mesti disertai pengurusan berkeupayaan dan tenaga kerja mahir.

“Dalam persekitaran persaingan hari ini, pemodenan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan untuk terus bertahan dan berkembang,” katanya.

Bantuan membuka jalan untuk berkembang

Pengalaman beberapa usahawan menunjukkan bagaimana bantuan kerajaan boleh membantu perniagaan berkembang.

R Abiramee.

Kehilangan pekerjaan ketika pandemik mendorong R Abiramee, ibu kepada tiga anak, memulakan perniagaan ais krim dari rumah.

Geran RM76,000 daripada SME Corp kemudian membantunya membeli tiga mesin penting untuk pengeluaran.

“Kalau hari itu SME Corp tidak beri saya geran, mungkin impian saya tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.

Baginya, penjimatan cukai sehingga RM6,000 yang dicadangkan dalam Belanjawan 2027 bukan jumlah kecil kerana wang itu boleh digunakan untuk membeli enam peti sejuk beku bagi restoran yang menjual produknya.

Beliau kini mahu membawa jenama Jumboo Ice Cream ke pasar raya dan akhirnya ke luar negara, tetapi berharap bantuan turut diberikan bagi mengatasi halangan memasuki pasaran lebih besar, termasuk kos penyenaraian produk.

Meor Tawfik

Meor Tawfik.

Sementara itu, Meor Tawfik daripada Ventura IoT pernah berdepan projek tertangguh dan bayaran pelanggan tersekat ketika pandemik sehingga terpaksa berbincang dengan pekerja mengenai pengurangan gaji.

Selepas pandemik, geran SME Corp membantu syarikatnya menyediakan peralatan demonstrasi mudah alih bagi meyakinkan pelanggan mengenai teknologi penderiaan gentian optiknya.

Peralatan itu turut dibawa ke Indonesia, Thailand dan Vietnam, membolehkan pelanggan melihat sendiri bagaimana teknologi berkenaan berfungsi.

“Kita dapat projek bukan setakat di Malaysia, kita juga dapat projek dari luar negara,” katanya.

Syarikat yang bermula dengan empat pekerja itu kini mempunyai 40 kakitangan, separuh daripadanya jurutera.

Ukuran sebenar ‘tahun PMKS’

Tan berkata kejayaan usaha menjadikan 2027 sebagai ‘tahun PMKS Malaysia’ tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah bantuan atau bilangan perniagaan baharu semata-mata, sebaliknya pada kemampuan perusahaan sedia ada untuk bertahan dan berkembang seperti yang dilalui Abiramee dan Meor.

Menurutnya, pertumbuhan jualan, peningkatan produktiviti dan kemampuan menembusi pasaran antarabangsa juga perlu dijadikan ukuran.

“Kita mahu melihat lebih banyak perusahaan mikro berkembang menjadi perusahaan kecil, dan perusahaan kecil berkembang menjadi perusahaan sederhana,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.