7 lokasi di Sarawak catat IPU tak sihat, Serian tertinggi

Keadaan jerebu dalam negara bertambah baik dengan hanya tujuh lokasi di Sarawak merekodkan kualiti udara tidak sihat, manakala kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) baik dan sederhana setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Serian tertinggi, iaitu 170, disusuli Sarikei, Samarahan dan Kuching (157), Sibu (156), Mukah (116) dan Sri Aman (115).
IPU sederhana direkodkan 32 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, sementara 29 lokasi mencatatkan kualiti udara baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan lebih 300 dikategorikan bahaya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.