CNN TürkAnadolu Otoyolu’nda korkutan yangın: TIR’ın dorsesi yandıRTP DesportoJorge Jesus disponível para falar com Cristiano RonaldoESPNOhtani to play at less than 100% in playoffs, will need to 'manage' injuriesInquirerPisay Ilocos scholar shares top spot in 2026 PMA entrance examPunchBUA chair Rabiu visits Tinubu with son, celebrates Nigeria @66The Jerusalem PostCollision course: Are Israel and Turkey headed for confrontation?ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioESPN CricinfoSmaran's fighting century rescues RoI, and grows lead to 265Rai NewsVolo Flydubai: il copilota era stato rimosso per le idee estremiste, ma continuava a volareSportstarWhich Indians have confirmed qualification spots for the LA 2028 Olympics?La TerceraEl Manchester City apela al fallo de la Premier League: qué viene ahora y cuándo habrá una sentencia definitivaسكاي نيوز عربيةالسيسي يحذر بشأن مياه النيل: حقوق مصر قضية وجودية
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Anwar beri bayangan peruntukan khusus untuk belia dalam Belanjawan 2027

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa kerajaan akan mengumumkan peruntukan khusus untuk golongan belia, dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt.

Anwar berkata beliau mengambil kira keluhan dan permintaan golongan belia, termasuk berkaitan kos pendidikan serta keperluan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Ada anak-anak universiti kata, kita nak belajar tapi kita lapar. Kita tumpukan. Nanti saya umum masa belanjawan nanti.

“Anak-anak miskin tak mampu terpaksa berhutang. Hal-hal ini kita kena dengar. Saya tegaskan negara ini bukan miskin, negara ini punyai kekayaan,” kata Anwar berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kamil Abdul Munim dan Presiden Persatuan Alumni Felo Perdana Fanitsyara Kam Phon.

Anwar berkata beliau semalam meluangkan masa berjam-jam mendengar pandangan golongan sarjana dan saintis mengenai langkah yang perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

“Siapa yang menentukan (masa depan negara)? Bukan generasi saya. Generasi anak-anak ini.

“Meneroka alam dan disiplin baru ini adalah bidang anak-anak. Tanggungjawab saya beri ruang, angkat mutu pendidikan, penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Jerman silakan, beri ruang kepada mereka,” kata beliau.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.