PunchUS man freed after 41 years on death row as DNA clears himCNN TürkYeni yasama yılı yarın başlıyorBollywood HungamaVimal Elaichi row: FDA commissioner says Shah Rukh Khan, Ajay Devgn, and Tiger Shroff have responded to notice; two hearings heldDaily MaverickCHANGE MAKER: Health and hope thrive in a hydroponic garden on a rooftop in HillbrowESPN DeportesRevive las emociones del día 1 de la Ronda de Comodines en MLBThe Jerusalem PostMan arrested in connection with suspected RAF terror plot called police on self - report한겨레스포츠클라이밍 서채현 결승행…볼더링 준결승 ‘만점’SözcüBu gece benzine 12 lira zam mı gelecek? İşte güncel akaryakıt fiyatlarıהידעןלמה שיעור התמותה בקרב מעשנים עלה? המחקר מצביע על שינוי בגיל המעשניםVarietyKaran Johar to End ‘Koffee With Karan’ After 22 Years With Final Season on JioHotstar: ‘The Decision Is Emotional and Personal’ (EXCLUSIVE)Antara NewsMinister Thohir urges bigger push to tap sport tourism potentialCumhuriyetMaccabi Tel Aviv - Beşiktaş maçı ne zaman, saat kaçta, hangi kanalda? Şifresiz mi?
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

29 kawasan catat IPU tidak sihat

Translate

Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan merekodkan IPU tahap tidak sihat di Selangor ialah Johan Setia dengan bacaan 175, Cheras (172), Shah Alam (170), 166, Klang (163), Petaling Jaya (161), Banting (159) dan Kuala Selangor (152), Kuala Lumpur dan Batu Muda masing-masing 166.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (170), Seremban (161) dan Port Dickson (153), manakala enam kawasan di Johor melibatkan Pasir Gudang (168), Larkin (165), Kota Tinggi (159), Pengerang (153), Batu Pahat (152) dan Kluang (121).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan masing-masing dengan bacaan 162, diikuti Rompin (133) dan Jerantut (122) di Pahang.

Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Kuala Terengganu (157), Kemaman (152) dan Paka (151), manakala di Melaka melibatkan Bandaraya Melaka (155) dan Bukit Rambai (153).

Selain itu, Seri Manjung dan Tanjung Malim di Perak masing-masing mencatatkan bacaan 151, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 163.

Sementara itu, sebanyak 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tiga kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.