InquirerPangasinan towns revoke class suspensions for Teachers’ DayCNN TürkAvrupa panikte: Dünya ekonomisinin çarkını döndüren dizel alarm veriyorThe Jerusalem PostUS military strike kills four suspected narco-terrorists in Caribbean as campaign toll tops 220Bollywood HungamaJanhvi Kapoor condemns morphed AI video from Devara Part 1 song ‘Chuttumalle’: “Consent, choice and respect for a woman's body should be basic”PunchNew Army formations will strengthen response to insecurity — TinubuESPN😈 Cowboys' jab at Texans leads NFL Week 4 trollsDaily MaverickBOOK EXTRACT: My best friend, ED: Evolution of an eating disorder from childhood into adulthoodESPN DeportesWhittaker domina a Wallace y sobrevive a un cierre caóticoCapital FMGovt activates national response as El Niño rains approach KenyaZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFIl Fatto QuotidianoLa forza di un no!, ecco cosa emerge dal report pilota sulle vittime di matrimoni forzatiRTL BoulevardDries Roelvink leeft mee met liefdesverdriet van zoons
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

LKAN kesan banyak kelemahan dalam projek Pan Borneo Sabah

Translate

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenal pasti pelbagai kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, selain pelanggaran garis panduan dan peraturan.

Setakat 31 Mac, projek itu masih belum siap selepas 10 tahun dirancang, walaupun pengurusannya bertukar tangan daripada rakan pelaksana kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) sejak September 2019.

LKAN mendapati tapak pembinaan belum disediakan sepenuhnya ketika projek itu dimulakan, dengan pampasan berjumlah RM144 juta masih belum dibayar dan 99 struktur masih belum dirobohkan bagi Fasa 1A projek berkenaan.

Bagi Fasa 1B pula, pampasan berjumlah RM84 juta masih belum dijelaskan, manakala 3,360 struktur perlu dirobohkan.

Laporan itu turut mendapati pelbagai arahan perubahan bernilai RM513.99 juta diluluskan melebihi had kuasa kelulusan yang ditetapkan, manakala 19 pakej projek dimulakan sebelum laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) diluluskan.

Selain itu, terdapat pertikaian harga membabitkan 13 perkara di bawah 10 arahan perubahan bernilai RM60.87 juta, menurut laporan itu.

“Penilaian arahan perubahan hendaklah dimuktamadkan berdasarkan terma kontrak, manakala kontraktor perlu diarahkan melaksanakan arahan perubahan itu sementara pertikaian diselesaikan,” katanya dalam laporan berkenaan.

Dari segi kelemahan pengurusan kontrak, LKAN berkata kerajaan terpaksa menanggung perbezaan kos berjumlah RM32.95 juta susulan penetapan harga kerja-kerja awalan, insurans dan bon pelaksanaan.

Sebanyak RM164.64 juta bayaran turut dibuat secara tidak teratur berikutan kelewatan menyiapkan dokumen kontrak, tambahnya.

Laporan Ketua Audit Negara turut mengesyorkan supaya prosedur operasi standard (SOP) projek itu ditambah baik serta pemantauan terhadap keseluruhan perancangan dan pelaksanaannya dipertingkatkan.

Pan Borneo di Sarawak hampir siap

Sebaliknya, laporan itu berkata Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak hampir siap, dengan 10 pakej kerja telah disiapkan manakala pakej Lambir mencapai 99.9% siap.

“Secara keseluruhan, projek ini memberi kesan positif dengan merancakkan aktiviti ekonomi dan sosial di sepanjang koridor projek,” katanya, sambil menambah bahawa RM18.839 bilion daripada RM18.864 bilion yang diperuntukkan telah dibelanjakan setakat 31 Mac.

Bagaimanapun, laporan itu berkata terdapat beberapa kelemahan dan ketidakcekapan dalam pengurusan projek serta tadbir urus kontrak.

Katanya, KKR dan Jabatan Kerja Raya negeri masih belum mengemukakan tuntutan berjumlah RM1.78 bilion kepada empat syarikat utiliti berhubung pemindahan dan pemasangan semula pelbagai infrastruktur utiliti.

Tempat berhenti rehat Julau dan Sungai Arip yang masing-masing menelan kos RM2.38 juta dan RM17.8 juta juga masih belum digunakan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.