PunchArmy arrests fake soldier accused of defrauding Gombe, Bauchi womenInquirerWater shortage grips Northern Samar capital as El Niño strengthensESPNWil Lutz drills walk-off field goal to defeat Seahawks in OTESPN DeportesDefensiva de Broncos llevan al equipo al triunfo en casaDaily MaverickUkraine hits Russian refinery as Zelensky says ‘we’re done’ with Trump’s energy truceThe Jerusalem PostMajority of Israelis back Haredi draft law, October 7 inquiry, IDI survey findsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGIGAZINENVIDIAが画像・動画・文章をまとめて理解するオープンウェイトAI「Nemotron 3.5 Super VL」を公開、処理コストを40分の1に削減する事例もNHK 社会東海道新幹線 地震防災システム作動で一時運転見合わせも再開New Straits TimesPH assemblymen slam Negri Sembilan government over assembly sitting postponementRapplerIsraeli firm used online ads to run vast spy operation, researchers sayCollider8 Sci-Fi Shows in Space That Are 10/10 Masterpieces
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Bayangan pindah DUN, Akmal mungkin catur strategi ke Parlimen Jasin, kata penganalisis

Translate

Bayangan penyandang DUN Merlimau Dr Akmal Saleh beralih ke kawasan lain dalam Parlimen Jasin mungkin petunjuk beliau sedang mengatur langkah bagi bertanding kerusi itu pada PRU16, kata penganalisis.

Namun, penganalisis memberi amaran langkah itu berisiko menimbulkan pertindihan tuntutan kerusi dengan PAS selaku penyandang Parlimen Jasin, sekali gus menguji pendirian ketua Pemuda Umno itu yang lantang menyokong kerjasama Umno-PAS menerusi gagasan penyatuan ummah.

Syaza Shukri berkata, langkah berpindah sama ada ke Sungai Rambai atau Serkam pada PRN Melaka mungkin persediaan untuk Akmal membina sokongan lebih luas di Jasin, terutama jika berhasrat melangkah ke peringkat Parlimen pada PRU16.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Menurut penganalisis daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, perkara berkenaan biasa dilakukan pemimpin berprofil nasional seperti Akmal yang perlu berada di pentas lebih besar seperti Dewan Rakyat berbanding DUN.

“Jika menang besar, Akmal dan Umno mungkin mahu meminta bertanding di Jasin memandangkan PAS menang tipis dahulu (dimenangi Zulkifli Ismail dengan majoriti 322 undi pada PRU15),” katanya kepada FMT.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berpandangan, jika keadaan itu berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan bakal mencetuskan polemik antara hubungan Umno dan PAS yang dikatakan mahu bekerjasama sehingga PRU16.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

“Jasin ini kawasan PAS tetapi pada masa sama Umno kena bersedia (tambah kerusi) di mana tidak banyak kawasan Parlimen ada di Melaka.

“Jika Umno bertegas bertanding di Jasin mungkin memberi sedikit masalah dalam hubungan dengan PAS pada masa depan,” katanya.

Sebagai rekod, Akmal antara pemimpin Umno yang lantang memperjuangkan kerjasama Umno dengan PAS atas slogan perpaduan ummah.

Mala, bekas exco Melaka itu sanggup tidak bertanding PRN Melaka bulan depan jika pimpinan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Akmal mula mewakili DUN Merlimau sejak PRN 2021 menerusi kemenangan dengan majoriti 3,248 undi. Di Serkam BN menang tipis dengan 79 undi manakala Sungai Rambai (1,137 undi).

Namun, ada juga spekulasi PAS bakal bertanding di Merlimau jika kerjasama dengan Umno menjadi realiti yang setakat ini belum diputuskan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.