InquirerMarcoleta, 3 others denied bail, as suspension also in effectDaily MaverickMEMOIR EXCERPT: A Change of Pace — Adriaan Wildschutt’s journey from dirt roads to Olympic trackInquirer Entertainment1992 Batmobile for sale at Bruce Wayne budgetThe Jerusalem PostPhilippine Embassy in Israel holds ceremony memorializing Filipino victims of war, terrorPunchEx-Kaduna gov demands Daura emir’s suspension over sexual assault allegation한겨레[포토] 수능 감독교사도 수험생도 힘들다…교육·평가 체제 개혁 촉구CNN TürkAnahtar Ankara'da, kapı Brüksel'de: Türkiye kriterleri karşılarsa Avrupa ne yapacak?ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardDelta attack: Nobody will kill at rallies if law catches up with them — FalanaThe Sydney Morning HeraldWA uni mergers boss dismisses conflict claims and job loss fearsSportstarSMAT 2026 Live Score, Round 6: Priyansh Arya tears into Tamil Nadu attack; Bengal vs UP reduced to 15-overs a sideGlobo EsporteApós "cochilo" no banco, LeBron dá drible desconcertante em rival na NBA; veja
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

SPRM serah suspek 4 tahun dikehendaki agensi rasuah Singapura

Translate

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan lelaki warga Singapura yang melarikan diri selama empat tahun dan dikehendaki Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) republik itu.

Menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa CPIB dan Cawangan Bantuan Bersama Siasatan Luar Negara (Fomia), SPRM menyerahkan suspek kepada agensi itu semalam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an yang bekerja sendiri ditahan kira-kira 7 malam, 22 Nov lalu dalam operasi bersepadu melalui Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM Johor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sekitar Johor.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat kes rasuah di Singapura selain masuk ke negara ini secara haram.

“Suspek turut dipercayai memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Malaysia sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.