CNN TürkKPSS ÖN LİSANS SONUÇLARI 2026 | ÖSYM sonuc.osym.gov.tr KPSS Ön Lisans Sonuç Sorgulama Nasıl Yapılır?ESPN🏀 The 100 best players in men's college basketball right nowPunchNiMet predicts three-day thunderstorms, dust hazeInquirerDHSUD turns over 190 housing units for disaster-hit families in Ilocos한겨레[포토] 주말과 겹치는 핼러윈, 추모발길도 안전하게גיקטייםהפריצה הגדולה בהיסטוריה: 6.3 מיליארד דולר נגנבו מ-BinanceZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهاردولة "المصفّرة"CBS NewsIran claims 4 tankers hit mines in Strait of HormuzThe Jerusalem PostIDF prepares to demolish homes of terrorists who killed two Israeli soldiers in Hebron attackCumhuriyet2027 YKS ne zaman? ÖSYM 2027 sınav takvimine göre sınavlar ne zaman yapılacak?Het Laatste NieuwsKIJK. Repetitie loopt mis voor Double Trouble in ‘Got Talent’: “Ben jij oké?”
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Wan Fayhsal bidas Ahli Parlimen meterai CSA ‘melutut’ demi peruntukan

Translate

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas Ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) hilang kebebasan untuk semak serta imbang kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Pemimpin Wawasan itu mendakwa, syarat dalam CSA berat sebelah dan bertujuan membelenggu Ahli Parlimen pembangkang daripada membangkitkan isu sensitif berkaitan pentadbiran.

“Setiap Ahli Parlimen yang menandatangani CSA dengan Anwar memikul beban tertentu yang memaksa mereka kini melutut atas nama rakyat,” katanya di Facebook.

Enam Ahli Parlimen Bersatu bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menandatangani CSA itu semalam. Mereka ialah Muhyiddin (Pagoh), Radzi Jidin (Putrajaya), Ali Biju (Saratok), Suhaimi Abdullah (Langkawi), Nazri Abu Hassan (Merbok) dan Azman Nasrudin (Padang Serai).

Menerusi perjanjian itu, mereka mahu tempoh jawatan perdana menteri dihadkan, peranan peguam negara dan pendakwa raya dipisahkan sebelum tamat penggal kerajaan semasa serta agihan peruntukan pembangunan kawasan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.

Sebagai balasan, tujuh Ahli Parlimen pembangkang itu akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar sehingga tamat penggal Parlimen, termasuk Belanjawan 2027.

Perjanjian itu turut ditandatangani enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat parti pada 2024 selepas mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Wan Fayhsal mendakwa, mesyuarat Biro Politik Bersatu dan bekas pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin pernah menolak keras cadangan CSA atas alasan mendatangkan mudarat besar.

“Justeru keputusan jemaah PN jelas, kami tidak menerima CSA ini. Apabila kerajaan Anwar mencadangkan draf baharu, kami tolak juga,” katanya sambil menyifatkan perjanjian itu sebagai alat menjadikan ‘pembangkang terkawal’.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Semoga rakyat mampu menilai siapa pejuang sebenar dan siapa musang berbulu ayam.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.