PunchPHOTOS: Tinubu grants interview to American political strategist Diana LondonThe Jerusalem PostDemocrat Peltola wins in Alaska, securing 56-44 US Senate majorityInquirerBaguio firefighters contain diesel spill after vehicle collision한겨레미·중·러 회담 앞두고, 우크라 ‘푸틴의 다리’ 끊어…“그 다리는 이제 끝났다”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaSözcüValizini alana kapısını açan 10 ülke: Biri Türkiye'nin yanı başındaDW EnglishAPEC summit: What Trump, Xi and Putin wantESPN CricinfoCA sets up 'independent forum' into Sandpapergate but will not re-litigate the incidentWirtualna PolskaBurza po wecie prezydenta. Pierwsza dama stawia sprawę jasno7sur7La petite Inass, retrouvée morte au bord d’une autoroute il y a 39 ans: les parents lourdement condamnésInteriaJoe Biden z podziwem o Polsce w nowej książce. Ujawnił kulisy tajnej wizyty
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Rukun Negara terus diperkukuh sebagai landasan bina negara bangsa

Translate

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) terus memperkukuh kedudukan Rukun Negara sebagai landasan bersama dalam pembinaan negara bangsa menerusi pelbagai langkah menyeluruh yang bukan sekadar memastikan ia dilafazkan tetapi turut difahami, dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian rakyat.

Usaha itu diperluas merentasi pelbagai lapisan masyarakat, daripada peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) sehinggalah ke Parlimen, perkhidmatan awam, komuniti dan sektor korporat.

Langkah itu diperkukuh susulan persetujuan Jemaah Menteri pada 2023 supaya lafaz Rukun Negara dibaca secara penuh, bermula dengan mukadimah dan diikuti lima prinsip, dalam program rasmi kerajaan termasuk perhimpunan di sekolah.

Bagi memperkukuh kefahaman terhadap Rukun Negara, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, turut melancarkan Eksplorasi Rukun Negara sebagai inisiatif sulungnya, yang membuka ruang kepada murid sekolah, mahasiswa dan masyarakat awam untuk mengenali, memahami serta menghayati Rukun Negara melalui pengalaman dan interaksi secara lebih dekat.

Usaha itu kemudian diperluas ke Parlimen, dengan lafaz ikrar Rukun Negara oleh Ahli Parlimen pada pembukaan mesyuarat pertama setiap tahun. Di peringkat negeri, langkah sama turut dilaksanakan oleh beberapa DUN seperti di Perak bermula April 2025.

Dalam perkhidmatan awam pula, usaha membudayakan patriotisme dan taat setia turut diperkukuh menerusi Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025, yang memperuntukkan lafaz ikrar Rukun Negara oleh penjawat awam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Namun, penghayatan Rukun Negara tidak terhenti pada lafaz semata-mata. KPN turut menggerakkan pelbagai program bagi menjadikan Rukun Negara sebahagian daripada pengalaman hidup rakyat, antaranya Gerak Integrasi Perpaduan, Jelajah Belia Rukun Negara, Jalinan Integrasi Mahasiswa, Bermalam di Muzium, Arkib@Sekolah, Citra Negaraku, Debat Perpaduan, Dialog Perpaduan di IPT dan Pidato Rukun Negara.

Di peringkat pendidikan awal, modul Rukun Negara diterapkan di Tabika Perpaduan, manakala Kelab Rukun Negara di sekolah dan Sekretariat Rukun Negara di IPT terus diperkasa sebagai platform membentuk generasi yang memahami nilai bersama, patriotisme dan jati diri kebangsaan.

Menurut Aaron, Rukun Negara kekal relevan kerana Malaysia terus berdepan cabaran baharu termasuk polarisasi sosial, ekstremisme, penyebaran maklumat palsu dan perubahan landskap digital.

Katanya, prinsip yang diperkenalkan pada 1970 itu terus menjadi kerangka nilai bersama dalam mengurus kepelbagaian masyarakat Malaysia.

“Lima dekad telah berlalu, dunia berubah dan cabaran masyarakat turut berubah. Tetapi keperluan untuk mempunyai nilai bersama yang menjadi panduan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia tidak pernah berubah,” katanya.

Beliau berkata, menghormati Rukun Negara bukan semata-mata kerana ia merupakan satu simbol kebangsaan, tetapi kerana lima prinsipnya membentuk asas kepada kehidupan bersama dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya.

“Kita mungkin berbeza dari segi agama, budaya, bahasa dan latar belakang, tetapi kita berkongsi satu negara. Rukun Negara menyediakan nilai bersama yang mengikat perbezaan itu dan membina rasa kepunyaan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Aaron berkata, persoalan sebenar bukan sama ada Rukun Negara masih relevan selepas lebih 50 tahun, tetapi sejauh mana rakyat benar-benar menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Rukun Negara tidak menjadi lapuk hanya kerana usianya. Yang berubah ialah zaman, teknologi dan cabaran kita. Sebab itu penghayatannya perlu terus dihidupkan dalam konteks generasi dan cabaran semasa,” katanya.

Lebih lima dekad selepas Rukun Negara diisytiharkan, usaha berterusan kerajaan memperkukuh penghayatan prinsip itu menunjukkan bahawa falsafah berkenaan terus mempunyai tempat penting dalam pembinaan negara.

“Rukun Negara bukan sekadar untuk dihafal atau dilafaz. Ia mesti menjadi nilai yang hidup dalam diri rakyat bagaimana kita menghormati orang lain, menghormati undang-undang, menghormati institusi negara dan menjaga keharmonian bersama,” katanya.

KPN menegaskan agenda itu perlu bergerak daripada sekadar lafaz kepada penghayatan dan seterusnya pengamalan, supaya lima prinsip Rukun Negara tidak hanya dikenali sebagai teks yang dihafal, tetapi menjadi nilai yang membentuk cara rakyat Malaysia berfikir, berinteraksi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.