The Jerusalem PostPalestinians, Jewish settlers carry out retaliatory arson attacks in West Bank한겨레Study finds Korean parents’ background increasingly shapes children’s jobs and payDaily MaverickTrump says FBI probing Nvidia CEO Huang as China controversy deepensZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning Herald‘Judge, jury and executioner’: Republican congressman files resolution to impeach HegsethThe Hollywood ReporterSteve Buscemi Reveals Which Show He Refuses to Appear on: “I Don’t Care How Much You Paid Me”New Straits TimesRussell Brand jailed 10 years for rape, sexual assaultБи-би-си«Он не знал, что она шпионка». Трамп сообщил, что ФБР расследует роман главы Nvidia с предполагаемой сотрудницей спецслужб КитаяESPN DeportesÁrbitro asistente de Atlas-Pachuca, castigado; fuentesCollider9 Upcoming Action Movies, Ranked by HypeKhaosod EnglishSingapore detains Odyssey cruise ship over reported fuel debtLenta.ruВ Севастополе отразили атаку БПЛА ВСУ
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Lelaki tempatan ditemui lemas, SAR kepala air Sg Pertak dibahagi 4 sektor

Translate

Seorang lelaki tempatan ditemui lemas di kawasan Jambatan Pertak pada 1.30 pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki tempatan ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata mangsa ditemui di kawasan Jambatan Pertak pada 1.30 pagi tadi.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa diteruskan dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor.

“Sektor A dari Lata Jebus ke Lubuk Pertak, Sektor B dari Lubuk Pertak ke Jambatan Dam, Sektor C pula membabitkan kawasan Jambatan Dam, manakala Sektor D di kawasan empangan,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, JBPM menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang semalam berhubung kejadian kepala air di kawasan Sungai Pertak.

Berdasarkan maklumat awal, seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun dihanyutkan arus ketika berkelah dengan empat individu lain, yang kemudiannya disahkan terselamat.

JBPM kemudian menerima maklumat satu lagi kumpulan di Lata Jebus, dengan tujuh individu dilaporkan dihanyutkan arus dan beberapa mangsa lain terselamat atau terkandas.

Pasukan penyelamat turut menerima laporan mengenai kumpulan yang terkandas di Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.

Seramai 19 mangsa yang terkandas dibawa turun dengan selamat pada 12.16 tengah malam tadi.

Polis sedang mendapatkan maklumat bagi mengesahkan jumlah sebenar mangsa hilang.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.