The Jerusalem PostTrump says toppling Iran's regime is 'probably doable,' but not his war goalPunchPete Edochie: Life, career and legacy of a Nollywood legendInquirerBuCor to help inmates form co-ops for livelihood after release한겨레폭력조직과 결탁해 ‘최대 300% 수익’ 미끼…다단계 사기 조직 검거ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Hollywood ReporterFubo Plans Now Include Free Disney+, Hulu, ESPN Unlimited and Fox OneImpress Watchドコモ、5GホームルータをWi-Fi 7対応に強化 受信アンテナは8本にSoompiKickFlip’s Keiju Injures Hand + To Adjust Participation In Upcoming ActivitiesCBS NewsKilmar Abrego Garcia leaving U.S. today for SpainSözcüBoşanma aşamasındaki eşini öldürdü, polise 11 saat direndiESPNWho's on the CFP bubble after the committee's fourth ranking?VanguardTears as victims of Bayelsa boat mishap get mass burial
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Mahu tanding PRU16, Nazri nafi ‘pusingan U’ bersara politik

Translate

Nazri Aziz menafikan membuat ‘pusingan U’ mahu kembali bertanding di Padang Rengas pada PRU16, selepas mengumumkan persaraan daripada politik lima tahun lalu bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, hasratnya kembali ke gelanggang pilihan raya bertujuan merampas semula kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) yang kini disandang Azahari Hasan daripada Wawasan, komponen Perikatan Nasional (PN).

Nazri dalam temu bual dengan FMT menjelaskan, beliau tidak mempertahankan Padang Rengas pada PRU15 kerana ketika itu sedang melalui proses pelantikan sebagai duta besar ke Amerika Syarikat (AS) yang hampir dimuktamadkan.

Menurut ahli politik veteran berusia 72 tahun itu, keputusan memberi laluan kepada muka baharu juga dibuat ketika wujud tuntutan Umno mengetengahkan lebih ramai calon muda, menyaksikan kerusi Padang Rengas ditandingi Ariff Majid, ketua Pemuda Umno Padang Rengas pada masa itu.

Menurutnya, selepas PRU15 yang menyaksikan kerusi Padang Rengas terlepas, hasrat menyerahkan kepimpinan Umno bahagian itu kepada juga Ariff tidak kesampaian apabila pemimpin berkenaan enggan menawarkan diri dalam pemilihan parti.

Nazri kemudian mengemukakan pencalonan sendiri dan menang tanpa bertanding sebagai ketua bahagian, jawatan yang masih disandangnya hingga kini.

“Saya sudah mahu memberi laluan, tetapi orang yang saya harapkan mengambil alih tidak mahu.

“Sebab itu saya kata tidak membuat pusingan U. Keadaan berlaku menyebabkan saya masih memegang jawatan ketua bahagian,” katanya.

Beliu turut menekankan kekalahan dua DUN di bawah Parlimen Padang Rengas iaitu Lubok Merbau dan Chenderoh juga membuatnya mahu mengembalikan maruah Umno.

“Kita kalah 3-0. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Cuma sekarang mahu merampas semula kerusi itu untuk BN,” kata Nazri sambil memberitahu hasratnya bertanding telah dimaklumkan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi.

Pada Ogos 2021, Nazri yang ketika itu berusia 67 tahun dan menjadi menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi serta Najib Razak mengumumkan persaraan, dengan alasan sudah tiba masa generasi baharu mengambil alih kepimpinan politik.

Nazri mewakili Padang Rengas selama empat penggal dari 2004 hingga 2022. Sebelum itu, beliau menjadi Ahli Parlimen Chenderoh selama dua penggal sejak 1995.

Malah, pada Februari 2025 selepas menamatkan tugas sebagai duta besar Malaysia ke AS, Nazri memberitahu beliau mahu membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadapi PRU16 dan bukan kembali bertanding sebagai calon.

Menjawab persoalan sama ada pendiriannya terhadap Anwar Ibrahim berubah susulan kerjasama Umno-PAS kini, Nazri menegaskan hubungan baik dengan perdana menteri tidak bermakna beliau boleh membelakangkan keputusan parti.

Menurutnya, jika Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU16, beliau akur kepada keputusan itu.

“Ini bukan soal saya berubah hati. Bukan hari ini cakap lain, esok cakap lain.

“Saya tetap berkawan dengan Anwar. Tetapi dalam soal pilihan raya, keputusan parti mesti diutamakan kerana saya orang parti,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.