InquirerDepEd, cops probe alleged gun threat at Baguio schoolThe Jerusalem PostSaudi civil defense sends all-clear after alerts issued for Riyadh in first since Houthi escalationESPN DeportesFC Juárez rompe su mala racha con triunfo sobre TigresPunchFG plans low-key celebration for 66th Independence Dayוואלהתחזית מזג האוויר: טפטוף עד גשם מקומי קל ברחבי הארץESPNWeek 3 preview: Florida State's bleak future, revenge game in Oxford, more한겨레한동훈, 김승원 사퇴에 “국민 승리…민주당 결사 옹호에도 이겨”SözcüKozinoğlu'nun ölümünde 14 dakikalık sır: Koğuşun görüntüleri ortaya çıktıCNN TürkHava Durumu (19-09-2026)Sky TG24Roma Future Week 2026, programma e ospiti della kermesse dedicata all'innovazione경향신문잠이 안 온다면 저녁 식탁부터 바꿔보자…숙면에 도움 되는 음식 5가지RapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Beban bertambah, Umno mungkin perlu kendur desakan PRU16 awal, kata penganalisis

Translate

Umno mungkin perlu mengendurkan desakan PRU16 diadakan lebih awal jika rentetan isu semasa terbaharu membabitkan krisis institusi diraja Negeri Sembilan, mula menjejaskan momentum parti itu, kata penganalisis.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub berkata berkata pilihan raya awal hanya memberikan kelebihan strategik apabila sesebuah parti berada dalam keadaan stabil dan yakin dengan sokongan pengundi yang mana Umno berada di keadaan sebaliknya.

Menurut ahli akademik dari Universiti Malaya itu, rentetan kontroversi berkaitan institusi sensitif seperti Tabung Haji dan polemik di Negeri Sembilan boleh memberi ruang kepada lawan membina naratif bahawa Umno masih dibebani isu lama atau bersifat defensif.

“Saya setuju Umno mungkin perlu mengendurkan nada desakan untuk menyegerakan atau mempercepatkan PRU16 jika penilaian dalaman semakin menunjukkan momentum semasa tidak lagi memihak kepada mereka.

“Gesaan pilihan raya awal hanya berkesan apabila parti berada dalam keadaan yakin, stabil dan memiliki naratif kemenangan yang meyakinkan,” katanya kepada FMT.

Pada 3 Sept lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata lebih baik PRU16 diadakan lebih awal bagi membolehkan kerajaan Persekutuan memperoleh mandat baharu daripada pengundi.

Namun parti itu tetap bersedia sekiranya penggal Parlimen diteruskan sehingga tamat penggal iaitu sekitar Disember 2027.

Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji bagi menyiasat pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 telah mengaitkan beberapa pemimpin Umno.

Susulan pendedahan itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Jamil Khir Baharom dan bekas pengerusi TH Azeez Rahim didakwa di mahkamah atas salah guna kuasa. Namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Dalam kontroversi membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan, majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang majoritinya wakil rakyat Umno menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 19 April lalu adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula berkata Umno kini berdepan dilema antara memanfaatkan momentum kemenangan PRN Johor dan Negeri Sembilan atau memberi ruang supaya kontroversi semasa reda sebelum pilihan raya umum.

Beliau berkata kejayaan di Johor dan Negeri Sembilan memberikan keyakinan kepada BN, tetapi keputusan itu tidak semestinya boleh diterjemahkan secara langsung ke peringkat nasional.

Menurutnya, pilihan raya lebih awal boleh membantu Umno mengekalkan momentum, tetapi pada masa sama membawa kontroversi yang belum selesai terus ke medan kempen.

“Bila nama parti terlalu lama berada di sebelah institusi yang bermasalah, persepsi akhirnya menjadi liabiliti politik,” katanya merujuk kepada perkembangan di TH.

Katanya, persepsi paling berat sudah tentu krisis di Negeri Sembilan terutama Umno yang selama ini membina identitinya sebagai parti yang mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

“Umno berdepan persepsi sangat berat apabila berlaku polemik berkaitan usaha menyingkirkan Yang Dipertuan Besar dan menteri besar (Ismail Lasim) sendiri mendakwa beliau menandatangani dokumen berkenaan kerana tekanan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.