ESPN DeportesChiefs firman valioso y sufrido triunfo frente a Colts en tiempo extraInquirerPNP on alert as protests commemorate martial lawPunchKwankwaso opens reconciliation door to estranged Kano govESPNLet's overreact to NFL Week 2: Would the Steelers think about benching Rodgers?한겨레트럼프 “이란, 완파·압박·협상 고민”…이란 “공격받으면 지속해서 보복”SözcüSGK matrahındaki detayı kaçıran ömür boyu düşük emekli maaşı alacakSky TG24Germania, Afd prima in Pomerania, la Linke vince a Berlino. Crollo Cdu. Merz: vado avantiالنهارانطلاق المعسكر التحضيري لحكام خليجي 27 في السعوديةBBC NewsThe Papers: 'Russia to test Nato pact' and 'Labour eye tax raid'South China Morning PostBlack robin rules roost in New Zealand’s Bird of the Year voteThe Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Former NSW police officer’s trial begins over alleged murder of Paddington couple Jesse Baird and Luke DaviesHet Laatste NieuwsHoofdkinesist David Bombeke trekt van Club Brugge naar Rode Duivels
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

PN tanding semua kerusi DUN Melaka jika rundingan dengan BN gagal

Translate

Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Wawasan Negara (Wawasan) mungkin bertanding solo dengan meletakkan calon di semua kerusi pada PRN Melaka jika gagal mencapai rundingan dengan Barisan Nasional, kata Naib Presiden Wawasan Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau bagaimanapun berkata masih ada peluang untuk melakukan rundingan bagi membentuk kerjasama antara BN dan PN walaupun masih belum ada sebarang ketetapan dibuat.

“Kalau BN enggan bersama dengan kami dan mahu bergerak solo, kami juga kekal kolaborasi dengan PAS, MIPP dan Gerakan.

“Kami juga akan (bertanding) solo di Melaka, semua DUN akan ditandingi,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Tambahnya yang juga bekas ketua menteri Melaka, Wawasan juga akan bertanding di DUN Bemban dan Sungai Udang tanpa mengira sama ada wujud kerjasama dengan BN atau tidak pada pilihan raya itu.

Kedua-dua kerusi itu sebelum ini dimenangi Bersatu, yang kekal sebagai komponen PN tetapi kini berselisih dengan PAS, parti yang mempengerusikan gabungan berkenaan.

Utusan Malaysia turut memetik sumber sebagai berkata mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka yang biasanya diadakan pada Rabu diawalkan sehari, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa DUN Melaka akan dibubarkan minggu ini.

Sumber itu juga berkata Yang Dipertua Negeri Melaka, Ali Rustam, sudah menandatangani notis pembubaran minggu lalu kerana kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

BN memberi mandat kepada pengerusi BN Melaka merangkap Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh untuk berunding dengan mana-mana parti berhubung kerjasama pilihan raya bagi PRN negeri itu.

Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata rakan gabungan yang dipilih mestilah ‘ikhlas dan jujur’. Zahid turut berkata rundingan rasmi hanya akan bermula selepas DUN Melaka dibubarkan.

Zahid sebelum itu berkata BN dan PN akan bekerjasama dalam PRN Melaka susulan kemenangan dua pertiga gabungan itu dalam PRN negeri Sembilan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.