InquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Nov. 20, 2026PunchData intelligence crucial to effective governance – CREDICORP bossCNN TürkBelediye başkanı ve başkan vekili seçimine yeni düzenlemeSky TG24Catasto e consultazioni ipotecarie, la nuova guida sul sito dell’Agenzia delle Entrate한겨레‘관저 이전 의혹’ 김오진 전 차관 징역형 집유…21그램 대표 벌금형ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFComplete SportsFulham Working On New Deal For Bassey Amid Man United InterestThe South AfricanSASSA appeal: HOW agency tribunals workSeeking AlphaESCO Technologies declares $0.08 dividendSözcüBeşiktaş esnafının tabela isyanı: "Gece gelip kırdılar, bir de 50 bin TL istiyorlar!"CumhuriyetBol soslu burger sevenlere: MasterChef mantar soslu burger tarifiInteriaPodejrzenie naruszenia polskiej przestrzeni. Wojsko ma trop
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

Mat Sabu gesa anggota kerajaan jaga perpaduan selepas pantun Ahmad Maslan

Translate

Semua pihak dalam kerajaan perpaduan perlu menjaga hubungan dan mempertahankan kerjasama, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau berkata, anggota kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing dalam mendukung perpaduan kerana mereka berada dalam pentadbiran yang sama.

“Kita harap perpaduan ini dapat kita dukung bersama.

“Kita berada dalam kerajaan ini, jadi jagalah perpaduan itu,” katanya dalam Majlis Pelancaran Agro I-Sinar Skim Pembiayaan untuk Usahawan Mikro India.

Beliau mengulas sama ada tindakan anggota pentadbiran kerajaan saling berbalas sindiran boleh menjejaskan perpaduan kerajaan.

Perkembangan itu susulan kontroversi membabitkan Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan yang menyampaikan pantun berunsur sindiran ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Ahmad kemudian memohon maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi surat bertarikh 17 Nov, dengan mengakui pemilihan kata dalam pantun itu tidak sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Semalam, Anwar mengesahkan menerima permohonan maaf Ahmad, namun mengingatkan anggota pentadbiran menjaga adab dan disiplin ketika mengendalikan urusan rasmi kerajaan.

Beliau turut menegaskan, sebarang perbezaan pandangan dalam kalangan anggota Jemaah Menteri perlu dibangkitkan melalui saluran yang betul, termasuk dalam mesyuarat Kabinet, dan bukan secara terbuka ketika urusan rasmi kerajaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.