InquirerMarcos on socmed ban for minors: No rushESPN DeportesBills se llevan el MNF en L.A. en tiempo extraESPN49ers' Greenlaw suspended for head-butting helmetless Seahawks LBDaily MaverickCatholics in US Army must not participate in firing squad, prominent archbishop saysPunch17.9m Nigerians fall into poverty in three years – ReportZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioDeadlineEgo Nwodim Reacts To Shane Gillis’ Controversial ‘SNL’ Joke: “Whore Reporting For Duty”SportstarRanji Trophy LIVE score today: Bengal resumes at 304/3 vs Delhi, Lead stretches to 73Antara NewsLocal communities key to tackling forest fires: Thai researcherDaily MailHeartbroken Bryan Cranston shares emotional tribute to on-screen son RJ Mitte as Breaking Bad co-stars mourn actor after his sudden death at 34Lenta.ruНутрициолог перечислил псевдополезные перекусыn-tvGroße Wut nach Derby-Eklat: "Wer mit Sturmhaube im Stadion steht, will keinen Fußball sehen"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Bekas ketua menteri Sulaiman tak tanding PRN Melaka

Translate

Bekas ketua menteri Melaka, Sulaiman Ali tidak akan bertanding PRN pada 14 Nov ini selepas mewakili Lendu selama tiga penggal.

“Cukup sudah saya bertanding,” kata ketua menteri Melaka dari 2020 hingga 2023 itu sebelum digantikan Ketua Umno negeri, Ab Rauf Yusoh, menurut Berita Harian.

Sulaiman pertama kali memenangi DUN Lendu dalam PRU13 pada 2013 dan berjaya mempertahankan kerusi itu dua penggal berikutnya, dengan majoriti selesa 3,104 undi pada PRN Melaka 2021.

Dengan sokongan Bersatu, beliau dilantik ketua menteri Melaka pada Mac 2020 susulan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan.

Selepas PRN 2021, beliau dilantik semula untuk satu lagi penggal, namun timbul khabar angin Rauf berusaha menyingkirkannya daripada jawatan tertinggi itu.

Pada Mac 2023, Sulaiman melepaskan jawatan ketua menteri walaupun menafikan selama berbulan-bulan untuk berundur, dengan Rauf akhirnya mengambil alih jawatan itu.

Tetapi, Sulaiman menafikan beliau dipaksa melepaskan jawatan ketua menteri dan menggesa rakyat Melaka terus memberi sokongan kepada Rauf.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.