ESPN DeportesTijuana y Pumas se enfrentan con la parte alta de la tabla en la miraThe Jerusalem PostHigh Court freezes legal proceedings against former IDF legal chief Tomer-YerushalmiESPNPolymarket withdraws market on Mahomes' returnוואלהירי ופיצוצים נשמעו בכמה מוקדים בבירת ניז'רPunch36 Nigerians deported from four European countriesInquirerOlongapo hospital hits full capacity amid rise in leptospirosis casesUOLJustiça do Equador condena ex-presidente por corrupçãoScreen RantThe MCU's New Space Opera Can Bring Back The Guardians Of The Galaxy & Reverse A James Gunn DecisionColliderThe 8 Most Fun MCU Movies of All Time, RankedNU.nlBoeren protesteren niet meer als één blok, breuk tussen verschillende groepenDeadlineJudge Jackie Glass Dead: ‘Swift Justice’ TV Host Was 70Mint24 salary receipts a year better than 12? Indian expat in Australia explains benefits of fortnightly paychecks
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 29, 2026

Umat Islam perlu jadi contoh menerusi akhlak, integriti, pesan PM

Translate

Umat Islam perlu menjadi contoh terbaik kepada seluruh masyarakat menerusi akhlak, integriti, ketekunan bekerja serta sikap menolak rasuah dan penyelewengan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penghormatan masyarakat terhadap umat Islam perlu lahir daripada nilai baik yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian termasuk bekerja dengan rajin, menepati janji dan tidak menyalahgunakan amanah.

“Kalau orang lihat kita bekerja rajin, berakhlak baik, tidak menipu dan tidak sakau duit, orang akan hormat kita. Kita perlu jadi contoh yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Maulid Akbar bersempena dengan Hari Kebangsaan di Masjid Tengah hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Anwar berkata, Islam membawa mesej rahmat dan kebaikan kepada semua, justeru, umatnya perlu menjaga hubungan serta kebajikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.

Umat Islam juga perlu menunjukkan keseimbangan dalam kehidupan dengan mengutamakan ilmu, keimanan, akhlak, pembangunan rohani dan jasmani serta kemajuan material, tambahnya.

Perdana menteri berkata, pembangunan Malaysia Madani tidak boleh hanya bergantung kepada dasar, ekonomi atau kemajuan teknologi semata-mata tanpa disokong asas akidah, akhlak dan sahsiah yang kukuh.

“Menggapai di langit mesti mengakar di bumi. Mengakar ke bumi itu akidah, akhlak, sahsiah, supaya nilai kita dan akhlak kita terjaga,” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan menimba ilmu daripada ulama serta memastikan hubungan antara ulama dan pemimpin terus diperkukuh melalui nasihat serta pandangan membina.

Beliau berkata, Malaysia Madani perlu terus memacu ekonomi dan menguasai teknologi moden, namun nilai serta akhlak mesti kekal menjadi tonggak kepada pembangunan negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.