InquirerITCZ, northeasterly winds to bring rain to most parts of PH ThursdayESPN DeportesJosé Ramírez, sobreviviente de la Serie Mundial de 2016 que lidera a GuardiansPunchFamily confirms death of gospel singer Toluwanisings한겨레‘장모 살해 캐리어 유기’ 조재복, 1심 징역 45년 선고ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioComplete SportsUCL: We Were Lucky To Beat Man City — PSG Coach Enrique AdmitsVanguard2027: We know how to stop Tinubu from getting second term - MomoduSBS 뉴스이 대통령 "부마항쟁과 5·18, 내란 극복 큰 의미…헌법에 새겨야"Inquirer EntertainmentJosiela Mae Lagrimas from N. Samar is PH bet to Miss IntercontinentalNHK 社会凍ったゼリーで男児死亡の民間こども園に監査 奈良 香芝CNN بالعربيةفعلا الفاحشة داخل مسجد في مكة.. السعودية تعلن إعدام رجل وامرأةCumhuriyetİstanbul'da sağanak nedeniyle aksayan metro ve tramvay seferleri yeniden başladı
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Malaysia pertimbang anjur F1 bersama negara lain setiap beberapa tahun

Translate

Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara lain, berbanding menjadi tuan rumah acara itu setiap tahun.

Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali, serta pihak pengurusannya mengenai kemungkinan membawa semula perlumbaan berprestij itu ke Malaysia.

“Turut dicadangkan supaya perlumbaan diadakan sekali setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara lain. Bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat awal dan kita perlu menilai sama ada ia boleh dilaksanakan,” katanya menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) di Dewan Rakyat.

Taufiq berkata, sebuah jawatankuasa membabitkan beberapa kementerian dan Ketua Setiausaha Negara sedang menilai kos penganjuran serta manfaat ekonomi yang boleh diperoleh daripada perlumbaan itu.

Menurutnya, laporan hasil penilaian berkenaan akan disiapkan menjelang November untuk membolehkan Jemaah Menteri memutuskan sama ada Malaysia wajar kembali menjadi tuan rumah F1.

Beliau berkata, penganjuran F1 memerlukan perbelanjaan besar dan kerajaan perlu menilai sama ada sambutan menggalakkan yang diterima tahun ini mampu dikekalkan sekiranya perlumbaan diadakan setiap tahun.

Taufiq turut menegaskan bahawa usaha membawa kembali F1 tidak boleh menjejaskan peruntukan untuk pembangunan atlet dan sukan lain.

Malaysia menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Okt lalu selepas perlumbaan itu dipindahkan susulan konflik di Asia Barat.

Penganjuran itu menandakan kembalinya F1 ke Sepang buat kali pertama sejak Grand Prix Malaysia kali terakhir diadakan pada 2017.

Perlumbaan selama tiga hari itu menarik 261,000 penonton, termasuk 103,000 pada hari perlumbaan utama. Lebih 97,000 tiket terjual, manakala kerajaan menganggarkan acara itu menjana aktiviti ekonomi bernilai hampir RM950 juta.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Wan Hassan Ramli (PN-Dungun), Taufiq berkata Malaysia hanya mempunyai tempoh dua bulan untuk membuat persiapan bagi menganjurkan perlumbaan berkenaan.

Beliau memuji peranan agensi kerajaan dalam menjayakan acara itu, namun mengakui masih terdapat ruang penambahbaikan, khususnya dari segi pengangkutan awam, pengurusan lalu lintas dan kemudahan untuk penonton.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.