ESPNMessi marks tearful Argentina farewell with goal: Wish I could play foreverInquirer1,380 liters of diesel seized, 1 arrested in Occidental MindoroThe Jerusalem Post'The picture of manpower': IDF reports defense accomplishments three years into warPunchUS Army to execute Texas military base shooter by firing squadCNN Türk7 EKİM HAVA DURUMU TAHMİNLERİ: İl il hava durumu listesi! Meteoroloji'den toz taşınımı ve sağanak yağış uyarısı!RTP DesportoCarlos Padrão desdramatiza tensão entre Jesus e Ronaldo한겨레피클볼 석촌호수 실내 코트 개장…서울시 상징 ‘해치’ 패들 출시Bollywood HungamaKaali Kheti release date postponed: Jackie Shroff, Sharad Kelkar starrer to now arrive on November 20, 2026UOLCalor extremo eleva risco de parto prematuro, mas gestantes estão fora de projetos de adaptação climáticaVarietyRay Panthaki Debut, Jose Maria Cabral, Frederic Bailiff Pics Make the Cut at Tallinn Black Nights Official and First Films CompetitionsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe IndependentUK property market warned over 'gathering dark clouds' as house prices stall amid rising mortgage rates
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Aerotrain KLIA kemas kini perisian selepas 20,000 jam operasi

Translate

Aerotrain KLIA akan melalui kemas kini perisian berjadual untuk meningkatkan ketahanan operasi dan menyokong prestasi jangka panjang selepas mencapai 20,000 jam operasi berterusan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kerja kemas kini itu akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan perkhidmatan aerotrain digantung mulai tengah malam ini hingga 5 pagi esok.

Fasa pertama membabitkan ujian lapangan dari 8 hingga 17 Okt akan menyaksikan kemas kini perisian dipasang dan diuji dalam keadaan operasi sebenar bagi memastikan prestasi serta fungsinya.

Hasil ujian itu akan disusuli penilaian keselamatan bebas menyeluruh sebelum fasa kedua bermula dari 28 Nov hingga 1 Dis nanti, yang akan digunakan secara kekal pada sistem aerotrain kemudian.

Perkhidmatan bas akan beroperasi sepanjang tempoh naik taraf dan ujian bagi memastikan pemindahan penumpang antara terminal utama serta bangunan satelit tidak terjejas.

MAHB berkata, sistem aerotrain KLIA mengekalkan tahap ketersediaan 99.9% sejak Jun lalu, selain melengkapkan 167,481 perjalanan pergi-balik dan membawa kira-kira 23.55 juta penumpang dalam tempoh 18 bulan lalu.

“Keutamaan kami untuk memastikan aerotrain terus menyediakan perkhidmatan boleh dipercayai dan lancar buat penumpang KLIA,” kata Ketua Pegawai Operasi KLIA, Adam Nicholas Wilson dalam kenyataan.

“Aktiviti yang dirancang seperti kemas kini perisian ini sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengekalkan tahap prestasi ini serta menyokong kebolehpercayaan sistem dalam jangka panjang.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.