PunchTHROWBACK VIDEO: Whenever it’s time for me to go, just take me — Pete EdochieThe Jerusalem PostFive killed as Turkish military helicopter crashes during training flightInquirerMagnitude 5.1 earthquake jolts Valderrama town in AntiqueInquirer EntertainmentBea Millan Windorski tops Miss Universe 2026 frontrunners listBollywood HungamaRakesh Roshan’s Filmkraft Productions leases Mumbai office space for Rs 7 lakhs monthly rentRTL BoulevardMilitairen en politie beëindigen gijzeling in supermarkt Colombia, één gijzelnemer gedoodZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkMOTORİNE DEV İNDİRİM GELİYOR! Motorin Ne Kadar? Son Dakika Akaryakıt Haberleri: 25 Kasım Benzin, Motorin, LPG Ne Kadar? Tabelalar Yeniden DeğişecekDaily MailSadist who ran global monkey torture ring freed weeks after being convicted under Labour's soft touch early release schemeSudinfoVooruit réclame le départ de Sammy Mahdi du conseil communal de Vilvorde : « Quand il est là, il écoute de la musique, il regarde la TV ou il lit un livre »SRF NewsEr spielte für Inter und VfB – Kuzmanovic: «Mit einem Unentschieden wäre ich glücklich»Complete SportsEUROMATCH NPFL: Plateau United vs Ikorodu City Rescheduled To November 28
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

GPS kekalkan 71 penyandang, tampil 11 muka baharu pada PRN Sarawak

Translate

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan 71 penyandang Adun dan menampilkan 11 muka baharu bagi menghadapi PRN akan datang, dengan pemimpin gabungan itu, Abang Johari Openg, Tiong King Sing dan Dr Sim Kui Hian, antara 82 calonnya.

Pengerusi GPS, Abang Johari, mengumumkan senarai calon itu hari ini di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching. Seperti dijangka, beliau akan mempertahankan kerusi Gedong.

Pemimpin utama lain yang mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Ketua Penerangan PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya); Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hian (Batu Kawah); Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing (Dudong); dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), John Sikie Tayai (Kakus).

Ketua Pemuda SUPP, Kelvin Lau, akan bertanding di Bawang Assan, menggantikan Wong Soon Koh yang menyandang kerusi itu sejak 1991, tetapi keluar daripada PDP dan mengumumkan persaraannya pada 22 Nov.

Di Engkilili, Johnical Rayong Ngipa akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon langsung GPS selepas keluar daripada PDP pada 23 Nov dan memohon menyertai SUPP.

Leonard Libau Anol akan bertanding di Simanggang, menggantikan penyandang veteran, Francis Harden, yang mewakili kerusi itu selama kira-kira 30 tahun.

Secara keseluruhan, PBB akan bertanding di 47 kerusi, SUPP di 16 kerusi, PRS di 11 kerusi dan PDP di enam kerusi, manakala dua calon langsung GPS akan bertanding di Engkilili dan Batu Lintang.

GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang ditandinginya pada PRN 2021, diikuti Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang kini dibubarkan dengan empat kerusi, manakala DAP memenangi dua kerusi.

Seorang ADUN PSB kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan, manakala PSB diserap ke dalam PDP, sebuah parti komponen GPS, pada 2024.

Ini bermakna GPS menguasai 79 daripada 82 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum pembubarannya, dengan sokongan Adun bebas itu meningkatkan kekuatan gabungan berkenaan kepada 80 kerusi.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 Nov, manakala hari pengundian pada 12 Dis. Pengundian awal akan berlangsung pada 8 Dis.

Berikut ialah senarai calon GPS:

  1. Opar – Billy Sujang
  2. Tasik Biru – Henry Harry Jinep
  3. Tanjong Datu – Azizul Annuar Adenan
  4. Pantai Damai – Dr Abdul Rahman Junaidi
  5. Demak Laut – Dr Hazland Abang Hipni
  6. Tupong – Fazzrudin Abdul Rahman
  7. Samariang – Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
  8. Satok – Ibrahim Baki
  9. Padungan – Wong Toh Hing
  10. Pending – Wee Hong Seng
  11. Batu Lintang – See Chee How
  12. Kota Sentosa – Wilfred Yap Yau Sin
  13. Batu Kitang – Lo Khere Chiang
  14. Batu Kawah – Dr Sim Kui Hian
  15. Asajaya – Abdul Karim Rahman Hamzah
  16. Muara Tuang – Dr Dayang Norfizawati
  17. Stakan – Hamzah Brahim
  18. Serembu – Miro Simuh
  19. Mambong – Dr Jerip Susil
  20. Tarat – Roland Sagah Wee Inn
  21. Tebedu – Dr Simon Sinang Bada
  22. Kedup – Martin Ben
  23. Bukit Semuja – John Ilus
  24. Sadong Jaya – Aidel Lariwoo
  25. Simunjan – Yussuf Chik
  26. Gedong – Abang Johari Openg
  27. Sebuyau – Julaihi Narawi
  28. Lingga – Dayang Noorazah Awang Sohor
  29. Beting Maro – Awg Nashfarini Awg Sarbini
  30. Balai Ringin – Snowdan Lawan
  31. Bukit Begunan – Mong Dagang
  32. Simanggang – Leonard Libau Anol
  33. Engkilili – Johnical Rayong Ngipa
  34. Batang Ai – Dr Malcolm Mussen Lamoh
  35. Saribas – Dr Mohammad Razi Sitam
  36. Layar – Gerald Rentap Jabu
  37. Bukit Saban – Douglas Uggah Embas
  38. Kalaka – Mohamad Duri
  39. Krian – Friday Belik
  40. Kabong – Nor Fazwi
  41. Kuala Rajang – Len Talif Salleh
  42. Semop – Abdullah Saidol
  43. Daro – Dr Safiee Ahmad
  44. Jemoreng – Dr Juanda Jaya
  45. Repok – Huang Tiong Sii
  46. Meradong – Ding Kuong Hiing
  47. Pakan – William Mawan Ikom
  48. Meluan – Roland Jubin
  49. Ngemah – Alexander Donald
  50. Machan – Allan Siden Gramong
  51. Bukit Assek – Chieng Jin Ek
  52. Dudong – Tiong King Sing
  53. Bawang Assan – Kelvin Lau
  54. Pelawan – Michael Tiang Ming Tee
  55. Nangka – Dr Annuar Rapa’ee
  56. Dalat – Fatimah Abdullah
  57. Tellian – Royston Valentine
  58. Balingian – Abdul Yakub Arbi
  59. Tamin – Christopher Gira Sambang
  60. Kakus – John Sikie Tayai
  61. Pelagus – Cerisologo Sabut
  62. Katibas – Lidam Assan
  63. Bukit Goram – Jefferson Jamit Unyat
  64. Baleh – Nicholar Kudi Jantai Masing
  65. Belaga – Liwan Lagang
  66. Murum – Kennedy Chukpai Ugon
  67. Jepak – Iskandar Turkee
  68. Tanjong Batu – Johnny Pang Leong Ming
  69. Kemena – Stephen Rundi Utom
  70. Samalaju – Majang Renggi
  71. Bekenu – Nur Fatin Syafawani Tahamat
  72. Lambir – Dr Ripin Lamat
  73. Piasau – Sebastian Ting Chiew Yew
  74. Pujut – Adam Yii Siew Sang
  75. Senadin – Lee Kim Shin
  76. Marudi – Dr Penguang Manggil
  77. Telang Usan – Dennis Ngau
  78. Mulu – Gerawat Gala
  79. Bukit Kota – Abdul Rahman Ismail
  80. Batu Danau – Jack Liam
  81. Ba’kelalan – Baru Bian
  82. Bukit Sari – Awang Tengah Ali Hasan

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.