Pejabat Ketua Pendaftar akan keluar garis panduan pengunaan AI di mahkamah

Pejabat Ketua Pendaftar akan mengeluarkan pekeliling mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam prosiding mahkamah dalam tempoh beberapa minggu lagi, kata Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
“Kami tidak menghalang mereka (daripada menggunakan AI), malah kami menggalakkannya. Perlu ada garis panduan untuk mereka patuhi.
“Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu menerimanya,” katanya sambil menambah bahawa AI boleh menjimatkan banyak masa dan mengurangkan beban kerja badan kehakiman jika digunakan dengan betul.
Wan Farid berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia.
Dalam ucapan pembukaannya pada persidangan itu, beliau berkata peguam akan terus diperlukan meskipun terdapat bantuan yang disediakan oleh AI.
Beliau turut menceritakan kisah mengenai seorang rakan kongsi firma guaman yang mengarahkan pelatih dalam kamar yang celik teknologi di firma itu memasang perisian AI.
“Beberapa minggu kemudian, rakan kongsi itu bertanya kepada pelatih berkenaan tentang perkembangan penggunaan AI dan sama ada AI telah ‘menyelesaikan masalah klien kita’.
“Pelatih itu berkata AI membantu menganalisis data dan memproses persoalan berkaitan undang-undang kes, tetapi menjawab apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan sesuatu kes,” katanya.
Wan Farid juga mengingatkan peguam supaya jujur dalam melaksanakan tugas mereka, sambil berkata bahawa meskipun teknologi boleh mempercepat pentadbiran keadilan, ‘teknologi tidak boleh menjadi pencipta keadilan itu sendiri’.
“Tanggungjawab itu terletak sepenuhnya pada kita sebagai manusia yang menjaga undang-undang,” katanya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.