PunchEx-Miss Taraba Comfort Williams diesThe Jerusalem PostJewish safety isn’t partisan: No party’s victory can substitute for that obligation - editorialInquirerKin honor ‘desaparecidos’ on All Souls’ Day한겨레‘833대1 경쟁률·전원 합격’ 청춘영화가 욕망의 스릴러로…‘최종면접’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türk"SUSUZ YAZ" İÇİN GERİ SAYIM BAŞLADI! Suyun yaktığı hayatlar...Wirtualna PolskaZłe wieści dla rządu Tuska. Ten sondaż mówi wszystkoComplete SportsSuper Falcons Receive Tinubu’s $100,000 Reward For Record 10th WAFCON TitleSözcüSon dakika... Korkmaz Enes Ergun tutuklandı!SportstarRanji Trophy live score, round 4: Tamil Nadu dominates Chandigarh; Urvil Patel scores century for Gujarat; VID 105/6 vs MPn-tvBitterer Abend für Weltmeister: Dennis Schröder wird aus Startformation gekicktColliderEvery Jane Austen Love Interest, Ranked
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Dzulkefly digesa jelaskan pusingan U berkait nikotin cecair

Translate

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menjelaskan laporan berhubung kerajaan sedang mengambil langkah mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun semula.

Presiden MMA, Dr L Sivanaesan, berkata persatuan itu sangat bimbang dengan laporan Dzulkefly telah mengemukakan cadangan itu, yang mendapat kelulusan Lembaga Racun.

Jika benar, katanya, laporan itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap komitmen kerajaan dalam melindungi kesihatan awam.

“Kami menggesa menteri kesihatan segera menjelaskan perkara ini dan justifikasi kesihatan awam untuk cadangan pengecualian itu.

“Pengalaman pada 2023 tidak boleh dilupakan. Lembaga Racun membantah pengecualian nikotin cecair, tetapi kerajaan tetap meneruskan langkah itu. Mei lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan pengecualian berkenaan dengan memutuskan ia tidak rasional dan didorong khasnya oleh pertimbangan ekonomi.

“Adakah kita sedang menuju ke arah sama sekali lagi?” soalnya dalam kenyataan.

Pada 2023, Menteri Kesihatan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa, menandatangani perintah pengecualian nikotin cecair dan gel daripada senarai racun, yang dibantah kumpulan kesihatan awam.

Kerajaan menjelaskan langkah itu perlu dilaksanakan bagi membawa industri vape keluar daripada pasaran gelap supaya aktiviti industri dapat dipantau dan dikenakan cukai.

Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan perintah menteri mengecualikan nikotin cecair dan gel daripada senarai racun. Mahkamah memutuskan perintah itu menyalahi undang-undang kerana dibuat tanpa rundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun.

Mahkamah mendapati pengecualian itu didorong khasnya oleh pertimbangan ekonomi berkaitan rancangan kerajaan mengenakan cukai terhadap cecair vape mengandungi nikotin.

Mahkamah turut menerima hujah pengecualian itu mewujudkan kelompangan undang-undang dalam mengawal selia produk vape mengandungi nikotin sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 berkuat kuasa pada 1 Okt 2024.

Sivanaesan berkata, pengawalseliaan produk vape saja tidak mencukupi, sebaliknya kerajaan perlu mengambil langkah ke arah mengharamkan vape secara menyeluruh, khasnya disebabkan ancaman penggunaan vape dicampur dadah yang semakin meningkat.

Beliau menggesa Dzulkefly menyatakan pendiriannya berhubung vape kerana tahun lalu, beliau pada dasarnya berkata hanya menunggu masa untuk vape diharamkan di Malaysia.

“Apa yang telah berubah? Kenapa kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah untuk memudahkan penjualan produk vape mengandungi nikotin diteruskan, sedangkan sebelum ini kerajaan komited mengharamkannya?

“Adakah kerajaan masih komited melaksanakan pengharaman vape di seluruh negara atau adakah komitmen itu telah diketepikan?

“Kita juga perlu mempersoalkan keutamaan kerajaan. Adakah kita mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia atau kepentingan komersial dan kutipan cukai lebih diutamakan?” soalnya.

Beliau berkata, pendirian MMA jelas, iaitu produk vape mendatangkan ancaman serius terhadap kesihatan awam, khasnya dalam kalangan anak muda, jadi ia perlu diharamkan di seluruh negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.