InquirerNaga voters to decide city’s HUC status in plebiscite todayThe Jerusalem PostFBI criminal information center hacked for second time amid string of technological issues - reportPunchHow I spent years in asylum camp before success in Europe – Nigerian bizmanZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioLenta.ruРевность, опоздания и рекорды. Чем запомнились первые сутки продажи GTA VI?Rai NewsNotte di attacchi in Ucraina: azienda in fiamme a Kryvyi Rih, villaggi senza luce a SarnyChannel News AsiaRohingya in Bangladesh welcome UN court’s genocide verdict but say they want to go home to MyanmarNew Straits TimesLibyan man held over fatal Jalan Jelatek crash is private university studentVanguardInfantino hails Warri Stadium, wants football in every community20 Minuten«Diese Version von mir ist mir ein wenig unangenehm»Daily MailPierce Brosnan proves he's the ultimate Bond in a black tuxedo as he joins wife Keely Shaye Smith at Vanity Fair bash after reacting to Robert Pattinson's 007 castingAntara NewsIndonesia plans to revise State Defense Law in 2027
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 21, 2026

Pakatan dengan PBK tak banyak beri manfaat pada DAP, kata penganalisis

Translate

Pakatan dengan Parti Bumi Kenyalang (PBK) tidak banyak memberi manfaat kepada DAP kerana parti yang berpangkalan di Sarawak itu tidak mendapat sokongan masyarakat Cina mahupun pengundi Bumiputera, kata seorang penganalisis.

jayum jawan

Jayum Jawan.

Jayum Jawan, felo Akademi Sains Malaysia, berkata walaupun PBK cuba menampilkan dirinya sebagai parti berbilang kaum, parti itu didominasi masyarakat Cina.

Beliau berkata meskipun rakyat Sarawak cenderung mengundi mengikut kaum, masyarakat Cina tidak akan cenderung menyokong parti itu.

Pengundi Cina, yang membentuk kira-kira 28% daripada pengundi di Sarawak, lebih memilih DAP atau Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Voon Lee Shan

Voon Lee Shan.

“Pengundi Bumiputera juga tidak akan menyokong PBK kerana pemimpin-pemimpinnya pada dasarnya tidak dikenali dan belum terbukti,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PBK, Voon Lee Shan, bahawa DAP Sarawak tidak menghubungi partinya untuk membincangkan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang dalam pertandingan banyak penjuru menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jayum berkata PBK berada dalam dilema: jika parti itu memperjuangkan hak Bumiputera, ia berisiko menjauhkan masyarakat bukan Bumiputera.

Satu lagi isu ialah PBK dan DAP bersaing untuk mendapatkan kelompok pengundi yang sama.

Beliau berkata DAP tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi majoriti Cina kepada PBK untuk ditandingi kerana tiada alasan untuk berbuat demikian.

“PBK tidak membawa sebarang nilai kepada DAP mahupun mana-mana parti politik lain,” katanya.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata DAP sepatutnya terbuka untuk bekerjasama dengan PBK bagi mengelakkan perpecahan undi.

Bagaimanapun, fokus PBK untuk memastikan Sarawak mempunyai kuasa lebih besar dalam menentukan hala tuju politik, ekonomi dan pentadbirannya sendiri akan menyebabkan parti itu bertentangan dengan DAP, yang secara tradisinya parti dari Semenanjung.

Awang berkata halangan utama kepada pakatan DAP-PBK ialah perbezaan ideologi dan ketidakpercayaan politik.

“Suatu ‘kesepahaman’ mungkin lebih realistik berbanding pakatan rasmi. Kerjasama tanpa keserasian politik akhirnya boleh menjejaskan kredibiliti kedua-dua parti,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya PBK berpotensi meningkatkan prestasinya berbanding kempen sulungnya, meskipun parti itu perlu menumpukan sumbernya kepada jumlah kerusi yang lebih kecil.

PBK gagal memenangi mana-mana daripada 73 kerusi yang ditandinginya pada PRN 2021, tetapi memperoleh 5.5% undi popular.

“PBK perlu membina jentera pilihan raya akar umbi yang lebih kukuh dan mendekati pengundi muda mengenai agenda serta pegangan parti.

“Parti itu perlu meyakinkan pengundi bahawa ia bukan sekadar parti yang menentang GPS, sebaliknya merupakan alternatif yang berwibawa dan mampu mewakili kepentingan mereka.

“Prospeknya bergantung pada sama ada ia mampu mengubah ketidakpuasan hati menjadi sokongan pilihan raya yang berpusat,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.