Bollywood HungamaSamay Raina, Medha Shankr BREAK silence on December 2026 wedding reports; comedian quips, “Sorry, will have to postpone”CNN TürkRangers, derbide Celtic'i mağlup ettiInquirerCalabarzon cops on full alert for martial law protestsESPNTransfer rumors, news: Liverpool and Man City are interested in Real Sociedad's AramburuPunchEPL: Neville slams Man United’s performance after Fulham drawInquirer EntertainmentWATCH: BINI Mikha stars in Inigo Pascual’s music video for new single한겨레검찰, 중국인 유학생 살해한 정창성 구속기소UOLPrefeitura do Rio vai desapropriar casarão após desabamento no Cosme Velho20 MinutenRussland-Affäre: Neue Untersuchung entlastet NachrichtendienstХабрFinal должен быть finalSouth China Morning PostHong Kong Ballet to move to city’s first dedicated dance venue in 2027سكاي نيوز عربيةالرئيس الصيني يزور أميركا من 23 إلى 25 سبتمبر
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

Syarikat perisian didapati bertanggungjawab ceroboh, curi maklumat

Translate

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa sebuah syarikat pembangunan perisian bertanggungjawab atas pencerobohan tanpa kebenaran dan kecurian maklumat sensitif milik sebuah syarikat pembekal gas.

Pesuruhjaya Kehakiman Redzuan Idrus berkata Gas Malaysia Bhd berjaya membuktikan tuntutannya terhadap TMS Software Sdn Bhd dan penganalisanya, Rishveer Singh, berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Mahkamah turut membatalkan surat anugerah yang diberikan kepada TMS untuk kerja-kerja reka bentuk projek automatik alur kerja.

Pendengaran pentaksiran ganti rugi akan diadakan kemudian.

Gas Malaysia dan anak syarikatnya, Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd, memfailkan saman terhadap TMS dan Rishveer selepas mengesan pencerobohan ke dalam sistem komputer mereka antara 7 hingga 14 Mac 2024.

Kira-kira 621GB data telah dipindah keluar ke akaun penyimpanan awan. Gas Malaysia memperoleh perintah geledah ke atas pejabat TMS di mana mereka menemukan jejak log masuk ke dalam sistem, pengebilan pada langganan awan, sejarah semakan pelayar yang telah dipadamkan pada sistem, serta dokumen dalaman Gas Malaysia.

Dalam memutuskan TMS bertanggungjawab, Redzuan berkata saksi-saksi defendan termasuk Rishveer gagal menangkis andaian kanun di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan, kerana tiada penjelasan yang memuaskan mengenai maklumat yang ditemui dalam milikan mereka.

“Defendan gagal menjelaskan jejak log masuk, pengebilan, sejarah pelayar yang dipadamkan dan pemilikan dokumen dalaman yang langsung tidak berkaitan dengan projek tersebut.

“Mahkamah ini juga memerhatikan saksi defendan (Rishveer) di kandang saksi. Keterangannya mengenai perkara-perkara ini berbelit-belit, sering berubah-ubah dan, pada sudut-sudut penting, tidak sejajar dengan rekod digital sedia ada.

“Mahkamah ini mendapati beliau bukan seorang saksi yang boleh dipercayai,” tambah hakim itu lagi.

Mahkamah juga mendapati bahawa kerja reka bentuk untuk projek automatik alur kerja itu telah dijalankan oleh pereka pihak ketiga dan tidak didedahkan secara terangan kepada Gas Malaysia pada masa kejadian.

Redzuan memutuskan bahawa penyembunyian itu adalah sengaja kerana identiti pihak ketiga tersebut tidak didedahkan dalam pelan pengurusan projek.

“Plaintif (Gas Malaysia) telah mengikat kontrak bagi pelaksanaan sulit kerja-kerja sensitif oleh kakitangan defendan yang didedahkan. Namun, mereka menerima pelaksanaan secara tersembunyi oleh pihak luar yang tidak didedahkan menggunakan kelayakan (credentials) mereka sendiri.

“Mahkamah ini mendapati defendan telah melakukan pelanggaran asas,” kata Redzuan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.