Daily MaverickBOOK EXCERPT: Kitchens of the Karoo – how cooks of old mastered stone, sourdough and coffeeESPNTakeaways as Rays even series against GuardiansLa NaciónActualizaciones de las encuestas en Florida y quién gana las elecciones 2026 con DeSantis de salidaPunchTinubu transmits NDLEA, NSIB amendment bills to SenateThe Jerusalem Post'We're going to hit them hard': Trump threatens Iran as Tehran escalates shipping attacksESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a Guardians한겨레한판에 4만3천원, 브라질산 달걀 ‘고가 수입’ 질타에…농식품공사 “수입 다변화 차원”InquirerQCPD relieves police clearance chief amid probe into service disruptionSCMP ChinaChina’s Dune-like sand crawler could turn the whole Taklamakan Desert into an iron mineSouth China Morning PostNo rush to T+1: Hong Kong exchange won’t hurry settlement-time change, sources sayהידעןעתיד הבינה המלאכותית: ״החלק המסובך זה אנחנו, זה בני אדם״Digital Spy5 Coronation Street spoilers for tonight reveal Bethany baby twist aftermath
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

DUN Sarawak: Budak bukan warganegara masih layak masuk sekolah kerajaan

Translate

Kanak-kanak berstatus bukan warganegara Malaysia masih layak mendapat akses pendidikan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan jika mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung warganegara Malaysia, tertakluk syarat dan prosedur Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Fatimah Abdullah, berkata kelayakan itu tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan Pendidikan 1998 serta prosedur KPM yang sedang berkuat kuasa.

“Bagi tujuan kemasukan ke sekolah, maklumat ibu atau bapa kandung warganegara Malaysia hendaklah tertera dalam sijil kelahiran kanak-kanak.

“Status kewarganegaraan dan akses kepada pendidikan merupakan dua perkara yang berbeza,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Johnichal Rayong Ngipa (GPS-Engkilili) mengenai status kanak-kanak yang mempunyai ibu atau bapa bukan warganegara, tetapi dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak serta kelayakan mereka untuk bersekolah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seramai 224 kanak-kanak dilahirkan di Sarawak didaftarkan sebagai bukan warganegara bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

“Antara faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak didaftarkan sebagai bukan warganegara atau diberikan sijil kelahiran berwarna merah jambu ialah perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan atau tidak diiktiraf mengikut undang-undang Malaysia.

“Faktor lain termasuk ibu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta kes kanak-kanak dijumpai atau ditinggalkan,” katanya menjawab soalan tambahan Rayong.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mempertingkat usaha mengurangkan masalah itu termasuk mengadakan dialog bersama dengan komuniti dan kempen kesedaran bagi menggalakkan pendaftaran perkahwinan secara sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, bantuan akan diberikan kepada ibu yang lahir di Sarawak tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk mendapatkan dokumen berkenaan melalui saluran dan prosedur yang ditetapkan di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak (Bab 10).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.