Bollywood HungamaBigg Boss 20: SHOCKING! Kushal Tanwar, aka Gullu, CONFIRMS he was married, REACTS to wedding picture leak controversy; says, "I got divorced in 2024. It was a very depressing phase"PunchMLS coach sacked over sexist remarks to female refereeRTP DesportoMédio do Benfica Enzo Barrenechea operado ao joelho esquerdoThe Jerusalem PostConverse removes ad campaign criticized over KKK-esque imagery, issues apologyInquirerPH still not inclined to rejoin ICC – PalaceDaily MaverickBRAAI DAY: Five ways with a chicken flattie, skewered and grilledComplete SportsAlaba Set To Become Teammate With Okoye At UdineseABC NewsNATO jets scrambled in Poland, Romania as Russia strikes UkraineCNN بالعربيةرياضيون وأثرياء ينامون على هذا السرير الذكي.. ما فائدته؟عالم التقنيةهونر تستعد لإطلاق سلسلة WIN 2 و WIN Pad للألعاب في أكتوبرسكاي نيوز عربيةترامب يلوح بالعصا والصفقة.. ماذا يريد من إيران؟Vanguard‘Never a friendly game’ for Brazil, says Ancelotti ahead of India match
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Rosmah gagal tangguh bayaran RM67.5 juta barang kemas

Translate

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah Mansor mendapatkan penangguhan tanpa syarat terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pembayaran sekitar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan sementara menunggu rayuannya.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Firuz Jaffril, berkata isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu gagal mengemukakan alasan mencukupi bagi penangguhan tanpa syarat, sementara menunggu pelupusan rayuan yang dijadual didengar, pada 25 Mac tahun depan.

Panel hakim yang turut dianggotai Hakim Amarjeet Singh dan Aliza Sulaiman juga memerintahkan Rosmah membayar kos RM30,000.

“Datuk David, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu (untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi),” kata Firuz kepada peguam Global Royalty Trading SAL, David Gurupatham.

Pada 10 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon membenarkan saman Global Royalty terhadap Rosmah apabila memerintahkan pembayaran RM67.5 juta dalam tempoh sebulan, bagi 43 barang kemas yang didakwa dipinjamkan kepadanya.

Saman itu melibatkan 43 barang kemas mewah bernilai USD14.57 juta (sekitar RM67.5 juta) yang didakwa oleh Global Royalty dibekalkan kepada Rosmah pada 2018 secara konsainan untuk dilihat.

Syarikat tersebut mendakwa, barang kemas berkenaan kekal sebagai hak miliknya dan tidak pernah dikembalikan, lalu mendorongnya tuntutan ganti rugi daripada Rosmah.

Global Royalty, syarikat berpangkalan di Lubnan berkenaan turut menamakan ketua polis negara dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 12 Ogos, Pesuruhjaya Kehakiman Marianne Antoinette Ghani membenarkan penangguhan bersyarat kepada Rosmah, yang menghendakinya memasukkan jumlah penuh penghakiman kira-kira RM67.5 juta ke akaun bersama yang dipegang peguam kedua pihak dalam tempoh sebulan.

Katanya, pengaturan tersebut akan melindungi hak Global Royalty terhadap wang berkenaan jika rayuan Rosmah gagal, sambil memastikan dana itu kekal di Malaysia dan boleh dikembalikan kepada Rosmah sekiranya beliau berjaya merayu.

Rosmah kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan penangguhan tanpa syarat.

Peguamnya, Reza Abdul Rahim, hari ini, berhujah Mahkamah Rayuan mempunyai budi bicara membenarkan penangguhan sedemikian, terutamanya memandangkan rayuan terbabit dijadual didengar dalam tempoh kira-kira enam bulan.

Gurupatham yang dibantu R Venothani, membantah permohonan tersebut sambil berhujah Global Royalty akan dinafikan manfaat daripada penghakiman berkenaan susulan pembekuan aset Rosmah berkait saman difailkan 1MDB terhadapnya.

Beliau turut merujuk kepada afidavit Rosmah dengan menyatakan beliau mendakwa hanya mempunyai RM20 dalam akaun bank yang tidak aktif.

Peguam Kanan Persekutuan Siti Aishah Ramlan yang bertindak bagi pihak ketua polis negara dan kerajaan, berkata beliau mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan Rosmah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.