PunchI funded PDP, Obasanjo’s travels — Orji KaluInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Nov. 10, 2026The Jerusalem PostThe Hakeem Jeffries moment is great for the Jews - opinionZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkBeylikdüzü’nde D-100 Karayolu'nda 09.05Khaosod EnglishThai student earns NASA recognition after uncovering security flawThe Sydney Morning HeraldMark Bombara’s brain injuries unlikely to have led to Floreat double-murder, inquest toldIl Fatto QuotidianoAbu Dhabi, al via i colloqui tra Russia, Usa e Ucraina. Trump: “Alta propensione di Mosca e Kiev alla fine della guerra”RTL BoulevardFamilie Blom na zeven seizoenen weg uit Een huis vol: kijkers gaan vader Maarten missenObservador DesportoBombeiros combatem incêndio de grande proporção no Barreiro20 MinutenMordfall Fabian (8): Um 12.30 Uhr fällt das Urteil über Gina H.NotJustOkWhat is the update on Michael Carrick's future at Manchester United?
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Bomoh gagal rayu sabitan seks luar tabii jalani hukuman penjara 5 tahun

Translate

Seorang bomoh berusia 50 tahun mula menjalani hukuman penjara lima tahun hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya terhadap sabitan melakukan perbuatan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita berusia 19 tahun tanpa kerelaannya.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Noorin Badaruddin mendapati tiada alasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini dikekalkan Mahkamah Tinggi.

“Hakim bicara menggunakan undang-undang dengan betul ketika mensabitkan perayu,” kata Noorin yang bersidang bersama Hakim Meor Hashimi Abdul Hamid dan Amarjeet Singh.

Mahkamah mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Afendi Hassan untuk memulakan hukuman penjaranya selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap satu daripada dua pertuduhan terhadap Afendi mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dengan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Ini bermakna beliau perlu menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Kesalahan itu dilakukan dalam dua kejadian berasingan di sebuah rumah di Setia Ecohill, Semenyih, Selangor, pada 8 dan 9 Julai 2020.

Mangsa berkenalan dengan Afendi menerusi ibunya yang bertemu lelaki itu melalui sebuah platform media sosial.

Afendi memperkenalkan dirinya sebagai pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang berupaya merawat individu yang dipercayai mengalami gangguan akibat ilmu hitam.

Dia memberitahu ibu mangsa bahawa anak perempuannya mengalami gangguan sedemikian dan memerlukan rawatan.

Ketika perbicaraan, mangsa memberi keterangan bahawa Afendi menggunakan rawatan yang didakwa itu sebagai alasan untuk melakukan perbuatan seksual terhadapnya, yang menurutnya dilakukan tanpa kerelaan.

Afendi diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, manakala Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin hadir bagi pihak pendakwaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.