Punch2027: Tinubu favoured to win, says BarauDaily MaverickCrew from NASA’s simulated Mars mission emerges after 378 days in isolationالنهارأوباما يخوض معركتين... الكونغرس ومستقبل الديموقراطيينThe Jerusalem PostNetanyahu urges Trump to attack Iran as US pursues further negotiations before midterms - reportZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesWestpac flags deepest housing downturn in nearly two decadesSportstarIndia A vs New Zealand A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 3: NZ A crosses the 400-run mark; Mukesh picks fiveEl ComercioLa Tinka del domingo 1 de noviembre: mira los números ganadores y premios del último sorteoThe South AfricanWEATHER TODAY: Yellow Level 4 hail and flooding storms for Mpumalanga and KZNESPN DeportesCommanders aumentan ventaja en la recta final con gol de campoسكاي نيوز عربيةبعد ليلة التحذيرات الكاذبة.. روسيا تعلن تدمير مسيرات أوكرانيThe Indian ExpressAmitabh Bachchan greets fans from behind bulletproof glass amid security concerns, Abhishek keeps watch
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

KKM kekurangan 1,176 pemandu, termasuk ambulans

Translate

Kementerian Kesihatan (KKM) kekurangan 1,176 pemandu kenderaan, termasuk ambulans yang dijangka berterusan selama enam bulan sehingga April depan.

Hanya 7,687 daripada 8,863 jawatan pembantu khidmat am (Pemanduan) diisi setakat 30 Sept lalu, dengan kekosongan jawatan paling tinggi direkodkan di Semenanjung Malaysia, iaitu 1,003 pemandu, disusuli Sarawak (92), Sabah (73) dan Labuan (8).

Kekurangan pemandu itu akibat kelewatan pengisian perjawatan pembantu khidmat am (Pemanduan) susulan penangguhan sementara urusan pengambilan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 2024.

KKM berkata, penangguhan itu untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu.

“Melalui sistem baharu ini, skim perkhidmatan pemandu kenderaan di bawah Sistem Saraan Malaysia digabungkan dalam skim perkhidmatan baharu, iaitu pembantu khidmat am (Pemanduan) bawah klasifikasi perkhidmatan kemahiran (H).

“Perubahan ini memerlukan penelitian rapi pada syarat kelayakan bagi memastikan calon yang diambil benar-benar sesuai dan kompeten dengan fungsi pemanduan, terutama untuk membawa ambulans,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah skim baharu itu menggalakkan peluasan skop tugas, kemahiran pelbagai dan pelaksanaan pelbagai tugas.

Pada 16 Okt lalu, Berita Harian melaporkan KKM kekurangan pemandu ambulans di semua fasiliti kesihatan kerajaan, selepas perolehan 400 ambulans baharu diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Presiden Kesatuan Pembantu Khidmat Am KKM Semenanjung Malaysia, Reostam Dzahar, menggesa KKM segera menangani kekurangan pemandu yang menyebabkan bebanan kerja melampau sehingga ada pemandu mengalami kelesuan melampau atau ‘burnout’ kerana terpaksa bekerja melebihi had masa ditetapkan.

KKM berkata, unjuran pengisian perlu mengambil kira kekosongan semasa, persaraan dan penyusutan pegawai serta keperluan operasi.

Ia menjangkakan pengisian kekosongan pembantu khidmat am (Pemanduan) akan dibuat secara berperingkat mulai April depan.

“Berdasarkan status urusan pengambilan bersama SPA, permohonan pengisian masih di dalam tindakan SPA dan ujian kompetensi pemanduan (UKP) baru selesai 27 Okt lalu. Pengisian akan dibuat secara berperingkat mulai April 2027, tertakluk kepada penyelesaian urusan pengambilan oleh pihak SPA.”

Susulan pelaksanaan SSPA, KKM berkata, terdapat keperluan menyelaras keperluan tugas dan penempatan untuk ‘mengasingkan’ skop tugasan bertindan antara pembantu khidmat am (Pemanduan) dan perkhidmatan khidmat am (Am).

Ia memberi contoh jika pembantu khidmat am (Am) sedia ada diperlukan untuk tugas pemandu di sesebuah kemudahan kerajaan, terpulang kepada pertimbangan Jabatan Kesihatan Negeri atau ketua jabatan untuk memberi kebenaran, namun ia tertakluk keperluan perkhidmatan, ujian pemandu serta kompetensi.

“Bagi pembantu khidmat am (Pemanduan), ia membabitkan fungsi skim pemandu kenderaan sebelum SSPA dengan tumpuan kepada tugas pemanduan dan penjagaan kenderaan jabatan, termasuk ambulans di pusat penempatan masing-masing.

“Tugasan perkhidmatan khidmat am (Am) pula tertumpu kepada pelaksanaan tugas sokongan am mengikut keperluan jabatan, antaranya merangkumi pegawai daripada skim pembantu operasi dan pembantu awam sebelum pelaksanaan SSPA.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.