CNN TürkHava Durumu (26-11-2026)PunchEPL: Man City risk forced sale over financial breaches – RegulatorBollywood HungamaShah Rukh Khan sends defamation notice to content creator over viral Anant Ambani video; gives 48-hour deadlineInquirerLPA to bring rain to Palawan; 3 weather systems to affect PHDaily MaverickProsecco’s ‘heroic’ vines offer a test case in climate resiliencePremium TimesNiger governor receives report on deaths of 37 miners in NSCDC custodyRMF24Kolejny ksiądz z diecezji sosnowieckiej z zarzutami na tle seksualnymSRF NewsProduziert im Herkunftsland – Kriegt die Schweizer Schokolade Konkurrenz aus Afrika?VarietyMario Van Peebles, Abderrahmane Sissako Set for Ivory Coast’s SICA as African Content Economy Takes Center StageESPNSteelers cut Aaron Rodgers after QB rips Mike McCarthy in scorched-earth interviewn-tvGemeinsamer Appell: Trump und Rutte: Moskau soll Ukraine-Krieg nicht ausweitenالنهاررامز جلال يفاجئ مورينيو بطلب تدريب الأهلي بعد رحيل عموتة
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan dari media sosial tahun ini

Translate

Sebanyak 40,214 kandungan berunsur buli dan 55 kandungan jelik melampau melibatkan kanak-kanak diturunkan platform media sosial susulan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata statistik penurunan kandungan berunsur buli itu merangkumi semua kategori umur dan merujuk kepada jumlah kandungan yang diturunkan, bukan jumlah kes jenayah atau mangsa terlibat.

Beliau berkata usaha menangani isu berkenaan dilaksanakan secara bersepadu oleh kementerian dan agensi berkaitan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang masing-masing.

“Dalam membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, MCMC turut bekerjasama dengan pihak polis melalui pemberian bantuan teknikal, pembekalan maklumat dan analisis forensik digital serta pelaksanaan operasi bersepadu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Fahmi menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai jumlah kes 2026 melibatkan buli siber, eksploitasi seksual dan kandungan berbahaya terhadap kanak-kanak serta keberkesanan kerangka pelesenan platform media sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Jan 2025.

Fahmi berkata antara operasi dilaksanakan bagi membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak ialah Operasi CyberGarden 2026 yang membawa kepada 69 tangkapan dan rampasan 498,690 fail digital, termasuk 204,934 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Beliau berkata Ops Pedo Bersepadu 3.0 yang dilaksanakan pada 14 hingga 16 Sept tahun ini hasil risikan bersama polis dan MCMC melibatkan 52 serbuan dan 53 tangkapan termasuk lapan remaja.

Bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Nov tahun ini, beliau berkata MCMC mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kes penyalahgunaan media sosial di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik melampau, dengan 25 kes didakwa di mahkamah, 16 kes dikenakan kompaun manakala 41 kes diberikan surat amaran.

“Pindaan kepada undang-undang telah membolehkan pihak berkuasa mengenakan ataupun pihak mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000 dan kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata kerajaan turut melaksanakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi menetapkan tahap pematuhan lebih tinggi dalam kalangan penyedia perkhidmatan berlesen.

“Penilaian berterusan akan dibuat berdasarkan tahap pematuhan tersebut dan tindakan pemberi perkhidmatan berlesen dalam menangani kandungan memudaratkan dalam talian,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah mengenai kerjasama dengan platform antarabangsa bagi mempercepat penurunan kandungan penderaan seksual kanak-kanak, Fahmi berkata kerajaan telah mempererat kerjasama antara polis dan MCMC serta menerima maklumat daripada agensi risikan luar negara.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman turut memainkan peranan penting dalam usaha berkenaan.

Katanya, kerajaan juga memberi penekanan kepada pelaksanaan pengesahan umur bagi mengelakkan kanak-kanak berinteraksi dengan golongan dewasa yang berpotensi melakukan pengantunan seksual.

Menurut Fahmi, pendekatan itu penting bagi menghalang penjenayah seksual daripada menyalahgunakan platform media sosial untuk memangsakan kanak-kanak.

“Pada pertengahan Disember, saya akan bertemu rakan sejawat dari Indonesia dan Singapura untuk menyampaikan mesej jelas kepada platform bahawa kita tidak mahu jenayah seksual terhadap kanak-kanak berlaku menerusi platform media sosial,” katanya.

Mengenai cadangan penyediaan platform khusus untuk kanak-kanak, beliau berkata kerajaan tidak berhasrat membangunkan platform sedemikian ketika ini selain menekankan ibu bapa perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memantau penggunaan media sosial anak-anak.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.