InquirerRespect Sagada’s tradition for the dead, tourists toldDaily MaverickUkraine pauses strikes on Russian refineries after pressure from Trump, WSJ reportsESPNWeek 9 has the ACC in the spotlight and backup QBs taking over the Big TenESPN DeportesPackers vuelven a la victoria con triunfo en casaPunchObi faults Tinubu campaign posture, questions capacity to governThe Jerusalem PostBrazil's President Lula won, but its people elected ‘a divided government’ - analysisZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFХабрClaude и Codex составили рейтинги вузов б.СССР по 49 критериям из мира Verilog, FPGA и ASICNew Straits TimesMarquez hits the ground running as injured Martin struggles at SepangLenta.ruНазвана главная причина задержек в поиске пропавших туристовColliderOne of 2026's Biggest Breakout Stars First Stole the Show in This Classic Fantasy GameMalay MailThree Myanmar boys aged 11 and 12 plead not guilty to threatening woman, 71, in Bukit Mertajam with mop, metal rod and stones
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Matrade galak syarikat Malaysia teroka peluang teknologi China

Translate

Syarikat Malaysia digalak memanfaatkan tumpuan China terhadap teknologi bernilai tinggi bagi tempoh 2026 hingga 2030, khususnya dalam kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan teknologi hijau.

Kaunselor Menteri dan Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Kedutaan Malaysia di Beijing Niqman Rafaee M Sahar berkata keutamaan di bawah Rancangan Lima Tahun Ke-15 China membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan teknologi, inovasi industri dan pengkomersialan penyelidikan.

Katanya, peluang itu termasuk penyumberan strategik, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang boleh membantu meningkatkan keupayaan industri Malaysia.

“Keutamaan itu turut meliputi penggunaan teknologi dalam sektor industri dan peningkatan produktiviti melalui pendigitalan, di samping peralihan kepada pembangunan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif VFive Group Sdn Bhd Amir Junaidi Amerrudin di pejabat Matrade di Beijing.

Niqman berkata Matrade turut menggalakkan syarikat Malaysia melihat peluang di bandar peringkat kedua, ketiga dan keempat di China, selain pasaran utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

Menurutnya, langkah itu dapat mempelbagaikan pasaran eksport dan membuka akses kepada sektor industri serta teknologi sedang berkembang.

Matrade, katanya, terus membantu syarikat Malaysia memasuki pasaran China menerusi promosi eksport, pemadanan perniagaan, pembangunan hubungan perdagangan serta khidmat nasihat mengenai keperluan dan pematuhan eksport.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan VFive Group Syafiq Abdullah, berkata syarikat itu sedang meneroka kerjasama dengan pemain teknologi China dalam perubatan digital, sistem AI, jentera pertanian pintar dan teknologi pembinaan moden.

Katanya, tumpuan diberikan kepada teknologi yang praktikal dan sesuai dengan keperluan industri Malaysia, termasuk dari segi kos pelaksanaan serta kesesuaian operasi tempatan.

Dalam sektor pertanian, katanya, penggunaan jentera pintar dan AI boleh meningkatkan kecekapan menerusi automasi, pemantauan tanaman berasaskan data serta penggunaan input pertanian dengan lebih tepat.

“VFive juga sedang mengenal pasti peluang perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi bagi menyokong pembangunan industri tempatan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.